Individu yang meletupkan bahan letupan bunga api mesti berlesen dan mempunyai kelayakan untuk melakukannya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata penganjur persembahan bunga api yang diadakan di mana-mana kawasan tidak boleh mengupah individu dengan sebarangan untuk meletupkan bahan letupan bunga api bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini akibat tidak mengikut prosedur.
"Jenis bahan letupan yang digunakan juga mesti bahan yang mematuhi piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan.
"Inilah antara perkara yang akan dilihat oleh pihak polis sebelum meluluskan sesuatu pertunjukkan bunga api," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Selain itu, katanya, jarak antara peletup bahan letupan bunga api dengan orang ramai juga perlu diambil kira bagi memastikan keselamatan penonton.
Khalid diminta mengulas insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi.
BACA: Saksi lihat bunga api meletup dan menuju ke arah penonton
Beliau berkata polis akan menyiasat punca Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak membuat permohonan kepada polis sebelum persembahan itu diadakan.
Katanya polis juga akan menyiasat sama ada individu yang meletupkan bunga api pada majlis itu mempunyai lesen atau sebaliknya.
MPK merupakan penganjur Fiesta Gegar Klang 2016 yang berlangsung dari 30 Dis hingga hari ini.
Seramai 14 orang terdiri daripada empat kanak-kanak dan 10 dewasa melecur akibat terkena letupan bunga api itu.
Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara dan mencederakan mereka yang berada di kawasan berhampiran.
Sementara itu, semakan yang dibuat oleh Bernama dengan polis berhubung permohonan permit oleh beberapa penganjur pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu di ibu kota malam tadi mendapati mereka mempunyai permit untuk mengadakan pertunjukan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya telah meluluskan permohonan kesemua pusat beli belah yang ingin mengadakan pertunjukan bunga api malam tadi di premis mereka.
"Sebelum permit diberikan, polis telah memeriksa kawasan yang ingin dijadikan tapak pelancaran serta meneliti bahan letupan yang akan digunakan pada majlis itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Zani menambah kata, setiap kawasan yang diteliti haruslah mempunyai jarak yang selamat dan orang awam tidak boleh mendekati kawasan yang dijadikan tapak terbabit. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 01 2017
![Individu yang meletupkan bahan bunga api mesti berlesen dan berkelayakan - Khalid Individu yang meletupkan bahan bunga api mesti berlesen dan berkelayakan - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81483260092_Mercun.jpg)
14 pengunjung cedera ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi. - Foto Facebook Amirul Hafiz Hamid
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kalam minta Menteri Pendidikan nyatakan perancangan khusus berhubung cadangan itu dan langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091171_scammer.jpg)
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719135831_tbwildfiresouthern.jpg)
Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan
Persembahan bunga api di pantai peranginan popular Pulau Hydra untuk menghiburkan tetamu sebabkan kebakaran hutan pain.
![11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan 11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711276952_mercun.jpg)
11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan
Polis Kelantan merekodkan 11 kes rampasan mercun dan bunga api tanpa permit sah sejak awal Januari hingga semalam bernilai RM38,600.
![PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681630987_Mercun.jpg)
PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak
Satu permohonan tidak diluluskan kerana pemohon mempunyai rekod jenayah.
![Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711276952_mercun.jpg)
Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api
Polis Kelantan meluluskan 159 daripada 267 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitiri setakat ini.
![Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709997364_ZakiHarun.jpg)
Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun
Daripada jumlah itu, 25 permohonan telah diluluskan manakala bakinya sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.
![Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681630987_Mercun.jpg)
Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat
Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.
![Berang tak dapat beli bunga api, lelaki baling minyak petrol Berang tak dapat beli bunga api, lelaki baling minyak petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706696721_TBbungaapijpg.jpg)
Berang tak dapat beli bunga api, lelaki baling minyak petrol
Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mengakibatkan kebakaran.
![Lupakan sambutan bunga api demi Palestin Lupakan sambutan bunga api demi Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704062260_piketSolidaritiPal.jpg)
Lupakan sambutan bunga api demi Palestin
Bukan hanya orang dewasa malah kanak-kanak dan pengunjung bukan Muslim termasuk pelancong asing turut hadir bagi menzahirkan solidariti.
![Letupan, percikan bunga api kebakaran kilang mungkin berpunca daripada bateri - Bomba Letupan, percikan bunga api kebakaran kilang mungkin berpunca daripada bateri - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701617440_TBkebakaran.jpg)
Letupan, percikan bunga api kebakaran kilang mungkin berpunca daripada bateri - Bomba
Bunyi letupan kuat dan berterusan dalam kejadian kebakaran sebuah kilang di Bukit Selambau dekat sini malam tadi, dipercayai berpunca daripada bateri yang disimpan di dalam premis terbabit.
![Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701617440_TBkebakaran.jpg)
Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api
Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau dipercayai turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya dalam kejadian petang Ahad.