KLANG: Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mengakibatkan kebakaran pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Khairi Shafie berkata, dalam kejadian tersebut, lelaki terbabit yang juga warga tempatan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah telah datang ke sebuah gerai bagi membeli bunga api sekitar jam 4.30 petang di tepi jalan Pekan Baru, Taman Eng Ann, dekat sini.
Beliau berkata, mangsa yang juga peniaga limau dan mercun telah membungkus bunga api yang diminta, namun suspek tiada wang untuk membayar.
"Disebabkan tidak mempunyai wang, mangsa yang merupakan pemilik gerai telah mengambil semula bungkusan bunga api yang mahu dibeli oleh suspek.
"Namun sekitar jam 7 malam, suspek telah datang semula ke gerai dan membaling satu botol dipercayai mengandungi minyak petrol ke arah gerai milik pengadu.
"Tindakan lelaki tersebut telah mengakibatkan sebahagian gerai dan barangan jualan telah terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Khairi berkata, kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan mangsa telah membuat laporan polis pada Rabu.
Kata beliau, bertindak atas maklumat, suspek telah berjaya ditangkap di Taman Karuppiah, Padang Jawa, dekat sini jam 1 tengah hari pada Rabu.
Menurutnya, berdasarkan semakan, suspek berusia 25 tahun dan penganggur itu didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Tambah beliau, kes akan disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap kawasan sekeliling bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 31 2024

Sebahagian gerai menjual limau, bunga api dan mercun terbakar selepas seorang lelaki bertindak membaling botol berisi minyak petrol di Klang. - Gambar/ Sinar Harian

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Berang tak dapat beli bunga api, lelaki baling minyak petrol
Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mengakibatkan kebakaran.

Cinta ditolak isteri orang, penganggur bakar kedai telefon bimbit
Gara-gara cinta ditolak isteri orang, seorang lelaki berusia 54 tahun dipercayai bertindak membakar sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar Langkap, dekat sini pada Sabtu.

Tak sangka suspek bakar kedai ialah jiran sejak kecil - Mangsa
Walaupun kejadian tersebut meninggalkan kesan mendalam kepadanya ekoran kehilangan punca pendapatan, namun dia tidak menyimpan dendam kepada ahli keluarga suspek.