PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti kira-kira 10 individu yang menyebarkan mesej palsu kononnya subsidi diesel akan dihapuskan bagi penggunaan kenderaan bermula 1 Jan depan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata maklumat mengenai kesemua individu yang dikenal pasti itu akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan susulan.
"MCMC dah kenal pasti lapan hingga 10 penyebar dan kita akan serah kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Laporan polis juga telah dibuat berkenaan sebaran fitnah itu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, wujud beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial berkaitan "subsidi diesel dihapuskan bagi kenderaan diesel bermula 1 Januari 2024".
Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semalam menafikan dakwaan di media sosial, yang kononnya subsidi diesel akan dihapuskan bagi penggunaan kenderaan bermula 1 Jan depan.
KPDN dalam kenyataan menegaskan dakwaan itu tidak benar dan sebaliknya kementerian itu sedang melaksanakan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem "fleet card" dan Sistem MySubsidi Diesel, melibatkan enam syarikat yang menerima kuota bagi tangki gelongsor, yang akan tamat tempoh pada 14 Januari 2024.
Menurut kenyataan itu lagi, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.
Fahmi meminta kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang mesej dan kandungan palsu yang dipaparkan media sosial di talian 016-2206262 untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada sidang media Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
Individu sebar mesej palsu kononnya subsidi diesel dihapuskan, dikenal pasti
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata maklumat mengenai kesemua individu yang dikenal pasti itu akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan susulan.