INDIVIDU bernama Masturaaliyah tampil memohon maaf berhubung isu ciplak Sambal Nyet Berapi buatan Chef selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman.
Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairulaming, 29, berkata, pihaknya mengemukakan tiga tuntutan iaitu bayaran pampasan tunai, permohonan maaf melalui video dan kenyataan pengakuan bersalah daripada Masturaaliyah sebagai tanda memohon maaf.
“Duit pampasan ini saya tidak akan pulangkan semula kepada pembeli sebab proses pulangkan semula ini tidak mudah dan aku nak pembeli memikul tanggung jawab juga (berhubung kes tersebut).
“Oleh itu 100 peratus duit ini saya akan sedekah kepada asnaf yang memerlukan di bulan puasa ini. Saya tak akan ambil satu sen pun,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis.
Pada Rabu, Khairul Amin membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penciplak Sambal Nyet Berapi keluarannya.
Menurutnya, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menciplak dan menjual produk yang tidak berkualiti kepada pelanggan dengan menggunakan jenama sambalnya.
Dalam pada itu, Masturaaliyah melalui pengakuan video dalam ciapan Twitter Khairulaming telah mengakui kesalahannya dan berjanji tidak mengulanginya lagi.
“Assalamualaikum, saya Masturaaliyah. Saya orang yang bertanggungjawab terhadap Sambal Nyet yang tidak asli.
"Baru-baru ini terdapat kes mengenai Sambal Nyet yang tidak asli, dan ia bukan dibuat daripada Khairulaming tetapi dibuat oleh saya.
“Oleh itu saya ingin membuat permohonan maaf yang sebenar-benarnya kepada pemilik Sambal Nyet yang sebenar iaitu Khairulaming dan juga kepada mereka-mereka yang terpedaya membeli sambal yang tidak asli, termasuklah mereka yang salah faham kepada Sambal Nyet yang sebenar.
“Oleh itu, saya menganggap ini pengajaran untuk saya, saya tidak akan mengulangi kesilapan ini,” katanya.
Selain itu, Khairul Amin berkata, Masturaaliyah telah membuat pengakuan bertulis di balai polis Damansara.
“Semua maklumat dan pengakuan telah dicatatkan dalam laporan polis,” ujarnya.
Berita asal: Individu ciplak sambal Khairulaming tampil mohon maaf
Sinar Harian
Thu Apr 29 2021

Individu bernama Masturaaliyah tampil memohon maaf berhubung isu ciplak Sambal Nyet Berapi buatan Chef selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman. -Foto Sinar Harian
Lawatan rasmi: Mohamad lawat Iran tiga hari
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Republik Islam Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.
Lawatan rasmi: Anwar lawat Vietnam dua hari - Wisma Putra
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Vietnam bermula hari ini dan dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025, menurut kenyataan Wisma Putra.
Tidak timbul isu pemilik asal akan diusir secara paksa - PM
Tidak timbul sama sekali pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.
Agong beri perkenan 6 akta diluluskan parlimen
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sudah memperkenankan enam akta yang diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat sebelum ini.
“Mesti lakukan sesuatu segera” - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan RUU pembangunan semula bandar memberi jaminan hak penduduk kekal dengan menaik taraf bangunan tempat tinggal.
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Dua maut mesin kilang proses getah meletup
Letupan dipercayai berlaku ketika semua pekerja terlibat sedang melakukan kerja penyelenggaraan ke atas lima mesin yang sedang beroperasi.

Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan, kata Perdana Menteri.

Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump
Presiden Ukraine menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine.

Menteri Luar Mohamad adakan lawatan rasmi pertama ke Iran
Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.

Individu ciplak sambal Khairulaming tampil mohon maaf
Pihaknya mengemukakan tiga tuntutan iaitu bayaran pampasan tunai, permohonan maaf melalui video dan kenyataan pengakuan bersalah daripada Masturaaliyah sebagai tanda memohon maaf.