PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam menambah baik perkhidmatan autogate di pintu masuk utama di negara ini iaitu pergerakan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dalam usaha penambahbaikan ini, pihaknya akan terus meneliti dan memperkemas proses kerja bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
"Jabatan ini dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri juga dalam perancangan untuk menambah bilangan autogate bagi menampung permintaan penggunaannya yang semakin mendapat sambutan daripada pelawat asing ketika ini," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata, pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk diberi latihan secara berterusan dalam menguruskan kemasukan pelawat asing dan sentiasa diingatkan untuk menjalankan tugas selaras dengan prosedur kerja standard yang ditetapkan.
"Jabatan ini sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan mengalu-alukan cadangan penambahbaikan sebagai usaha berterusan untuk menambah baik kelancaran pergerakan di pintu masuk utama negara.
"Ini merupakan komitmen jabatan untuk terus menyokong pembangunan ekonomi negara tanpa mengabaikan keistimewaan serta kemudahan untuk warganegara Malaysia," katanya.
Ruslin berkata, kemudahan itu yang dibuka kepada pelawat asing bermula pada 1 Jun lepas, adalah selaras dengan pengumuman kerajaan agar penggunaan autogate di pintu masuk utama diperluas kepada 63 negara bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutama setelah negara pulih daripada pandemik COVID-19.
Beliau berkata, pada 2023, Jabatan Imigresen merekodkan jumlah ketibaan pelawat asing melebihi 30 juta orang.
"Kadar ini terus meningkat dan sehingga Mei 2024, lebih 13 juta pelawat asing direkod memasuki Malaysia untuk pelbagai tujuan.
"Peningkatan ketibaan pelawat asing ini memerlukan proses yang efisien dan pantas tanpa berkompromi daripada aspek keselamatan negara," katanya.
Ruslin berkata, inisiatif itu terbukti berkesan dan berjaya mempercepat proses pelepasan kepada 10 hingga 15 saat berbanding 30 minit masa menunggu di kaunter manual sekali gus mampu mengurangkan kesesakan di balai ketibaan KLIA. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024
Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam menambah baik perkhidmatan autogate di pintu masuk utama di negara ini iaitu pergerakan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Gambar hiasan BERNAMA
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
Siasatan dilakukan terhadap gangguan Autogate dan Kod QR di BSI - JIM Johor
JIM Johor telah melakukan siasatan dalaman berhubung kegagalan sistem Autogate dan Kod QR di BSI di Zon Pemeriksaan Penumpang Bas berfungsi pada pukul 12 tengah hari semalam.
Hampir 30,000 pelawat asing dikenakan Notis Penolakan Masuk telah dihantar pulang
Seramai 29,572 pelawat asing telah dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) dan berjaya dihantar pulang ke negara asal.
17 warga asing ditahan di sekitar Manjung
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 17 pendatang tanpa izin dalam serbuan di enam premis berasingan di sekitar daerah Manjung.
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen sedang memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen.
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Perbandingan sosial, kehendak berlebihan punca elemen rasuah wujud - KSN
Tabiat membandingkan diri dengan orang lain yang kelihatan lebih berjaya atau memiliki lebih banyak harta, adalah antara elemen mendorong penjawat awam menjurus melakukan perbuatan tidak bermoral.
JIM serbu sarang khidmat seks tawar tempahan dalam talian
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menggempur sarang khidmat seks yang menawarkan tempahan secara dalam talian menerusi beberapa serbuan di sekitar Shah Alam dan Damansara semalam.
Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran warga Indonesia menerusi satu operasi khas di sekitar Kajang.