Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ilmu pengetahuan akan menjadi sia-sia, malah akan memusnah, jika ia tidak diiringi dengan nilai-nilai benar.
Perdana Menteri mengambil perhatian bahawa seseorang yang terdidik bukan saja seorang yang bijak, tetapi juga mempunyai kebolehan membezakan antara yang benar dengan yang salah, serta yang baik dengan yang buruk.
Banyak contoh, kata beliau, di mana begitu banyak kemusnahan dilakukan individu yang cukup bijak.
"Mengejar ilmu mestilah menjadi usaha seumur hidup, dan yang lebih penting ia perlu diperlengkap dengan nilai dan peribadi yang benar," kata Dr Mahathir dalam ucapan permulaan pada konvokesyen Asia School of Business (ASB) Class 2019 di sini pada Ahad.
Beliau bercakap tentang perlunya individu dipandu oleh kompas nilai moral yang benar dan perlunya belajar untuk menjadi insan lebih baik sambil terus mengejar ilmu.
"Jika kita benar-benar berhasrat melihat masyarakat maju dan makmur, adalah wajib bagi kita menggunakan kemahiran dan ilmu yang telah kita raih bukan setakat untuk faedah peribadi, tetapi menyumbang secara bersama kepada penambah baikan masyarakat," kata Dr Mahathir.
Perdana Menteri berkata sebagai sebuah negara, tidak ada pelaburan yang menghasilkan dividen setinggi pelaburan dalam pendidikan, sambil menyifatkannya sebagai asas penting bagi penambahbaikan negara dan alat berkesan bagi mendorong mobiliti sosial.
"Dipandu oleh hasrat ini, kita telah menghasilkan akses kukuh kepada pendidikan berkualiti sebagai misi utama pentadbiran kita -- sekarang dan juga semasa saya menjadi perdana menteri sebelum ini," kata Dr Mahathir.
Perdana Menteri turut menyentuh tentang pentingnya mendorong produktiviti.
Dr Mahathir berkata beliau sentiasa diingatkan oleh pakar eknomi dan tokoh-tokoh perniagaan bahawa produktiviti adalah ramuan penting bagi kemajuan ekonomi.
Gaji lebih tinggi tanpa produktiviti lebih tinggi, kata beliau, tidak bererti oleh kerana ia akan hanya mengakibatkan harga barang dan perkhidmatan yang lebih tinggi.
"Satu daripada cabaran besar kepada perniagaan Malaysia hari ini ialah mengangkat produktiviti merentasi ekonomi. Taraf hidup kebangsaan kita dan kebolehan kita untuk mengubah Malaysia sepenuhnya kepada status ekonomi maju akan banyak dipengaruhi oleh kemampuan kita mengangkat kadar produktiviti kita," kata beliau.
Pada acara pada Ahad, Dr Mahathir menerima ijazah doktor kehormat dalam Business Management daripada presiden pengasas dan dekan ASB, Professor Charles Fine.
Sejumlah 40 orang menerima ijazah Master of Business Administration.
ASB adalah sebuah global business school diasaskan oleh Bank Negara Malaysia dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) Sloan School of Management di Amerika Syarikat.
Bernama
Sun Apr 14 2019

Dr Mahathir menerima ijazah doktor kehormat dalam Business Management daripada presiden pengasas dan dekan ASB, Professor Charles Fine. -Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.

PNB umum agihan pendapatan 5.25 sen bagi ASB
ASNB mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 1.0 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Elak berhutang untuk pelaburan ASB - Asyraf Wajdi
Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada berhutang untuk melabur dalam ASB susulan kadar dividen yang semakin menyusut.

ASB, ASB 2, ASM tarik tambahan RM3.5 bilion selepas had pelaburan ditingkat - PNB
Peningkatan had pelaburan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) telah menyumbang penambahan sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh tiga bula

PNB umum agihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen
Pengumuman berkenaan merangkumi pengagihan pendapatan 4.60 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

MSAM 2022: PNB lancar ASN Sukuk
Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan dana unit amanah pendapatan tetap yang dikenali sebagai ASN Sukuk menerusi ASNB.

Bajet 2023: Kenaikan had maksimum pelaburan ASB, ASB2 dorong budaya menyimpan
Langkah menaikkan had maksimum pelaburan individu bagi ASB dan ASB2 kepada RM300,000 dapat menyemai budaya menyimpan serta tabiat pelaburan rakyat Malaysia.

Bajet 2023: Had pegangan ASB, ASB2 dinaik kepada RM300,000 - Tengku Zafrul
Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kerajaan dicadang naikkan had maksimum pelaburan ASB kepada RM400,000 - Najib
Kerajaan dicadangkan untuk menaikkan had maksimum pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) daripada RM200,000 kepada RM400,000, sebagai usaha menggalakkan rakyat menyimpan dan menjana pendapatan pasif.

Syed Saddiq mengaku tidak bersalah dua pertuduhan pengubahan wang haram
Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Kumpur.