KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menaikkan had maksimum pelaburan individu bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 kepada RM300,000 mulai 2023, dapat menyemai budaya menyimpan serta tabiat pelaburan rakyat Malaysia terutama dalam senario kadar faedah yang terus meningkat, kata ahli ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata langkah yang dicadangkan di bawah Bajet 2023 itu juga tepat bagi menggalakkan isi rumah menyimpan sama ada menerusi pendapatan boleh guna atau pembiayaan ASB.
"Bagi saya ini satu langkah yang baik dalam persekitaran kenaikan kadar faedah masa ini.
"Kita boleh menjangkakan pulangan aset bebas risiko akan meningkat seiring dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
"Ini akan menggalakkan isi rumah untuk menabung dengan memanfaatkan lebihan dan pendapatan boleh guna atau pembiayaan ASB," katanya kepada Bernama.
Pada Jumaat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 mengumumkan cadangan kenaikan had maksimum individu bagi ASB dan ASB2 kepada RM300,000 daripada RM200,000 bermula tahun depan.
Menurutnya, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan turut membantu dengan menyediakan pembiayaan mudah bagi membantu golongan Bumiputera B40 melabur dalam ASB dengan pinjaman pada kadar 1.5 peratus untuk RM100,000.
Sementara itu, Profesor Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Dr Geoffrey Williams berkata secara amnya sebarang usaha menggalakkan orang ramai menyimpan dan melabur adalah sesuatu yang positif, dengan syarat ini turut disertai dengan insentif cukai.
"Oleh itu, tindakan menaikkan had itu hanya membantu jika anda turut mendapat pulangan cukai yang menarik. Jika tidak, perubahan itu hanya menguntungkan kalangan mereka yang kaya dan tidak memberi banyak kesan ke atas Bumiputera yang berpendapatan rendah manakala kumpulan lain pula tidak layak," katanya.
Beliau turut memetik maklumat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahawa masyarakat Bumiputera adalah yang paling terjejas dari segi pengeluaran caruman serta mempunyai kadar simpanan terendah.
"Mungkin lebih baik untuk menyimpan dan meningkatkan semula caruman KWSP yang menawarkan dividen lebih tinggi.
"Atau ringkasnya, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang bersaing mendapatkan dana Bumiputera dan seakan tidak logik jika matlamatnya hanyalah untuk menggalakkan jaminan kewangan jangka panjang serta pencen," katanya.
SEGALANYA MENGENAI BAJET 2023, KLIK DI SINI!
Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Ahmad Zulqarnain Onn berkata PNB berasa bangga dapat diberi peluang untuk membolehkan peningkatan budaya menyimpan dan pelaburan dalam kalangan rakyat.
"Ini juga sejajar dengan mandat PNB untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan semua rakyat Malaysia demi kemakmuran negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
PNB menerusi anak syarikat pengurusan unit amanahnya iaitu Amanah Saham Nasional Bhd, akan mengumumkan perincian had pelaburan ASB dan ASB2 itu tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022

Had maksimum individu bagi ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 daripada RM200,000 bermula tahun depan. - Fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.