Dakwaan mendapan tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan disiasat jururunding bebas yang dilantik iaitu Ikram Premier Consulting dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata jururunding bebas itu akan membuat pemantaun dalam masa terdekat dan akan membentangkan laporan kepada beliau.
"Lebih baik saya dan timbalan saya (Datuk Aziz Kaprawi) tidak pergi ke kawasan itu, nanti ramai yang menuding jari mengatakan 'ada udang di sebalik batu' (untuk melindungi) oleh itu kita lantik jururunding bebas tersebut," katanya dalam sidang media selepas melawat KLIA2 di sini Isnin.
Hishammuddin berkata Ikram dan ICAO memang telah dilantik dari awal iaitu April lepas bagi mengkaji dan memberi cadangan penambahbaikan terhadap operasi keselamatan dan perkhidmatan di lapangan terbang tersebut.
Justeru itu, beliau memberi jaminan tiada risiko keselamatan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan pihak Malaysia Aiport Berhad (MAHB) sentiasa bersiap sedia untuk menangani isu tersebut.
Baru-baru ini, laporan media memetik Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai berkata MAHB dan Kementerian Pengangkutan perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah mendapan serta takungan air yang didakwa berlaku di landasan dan kawasan tempat letak pesawat di KLIA2.
Sementara itu, jumlah penumpang dikendalikan oleh KLIA2 sejak ia beroperasi pada 2 Mei lepas sudah melebihi 1 juta penumpang.
Purata aliran penumpang dalam sehari adalah kira-kira 60,000.
Bernama
Mon May 26 2014
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang mula beroperasi pada 2 Mei lepas.
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
AWANI Ringkas: 5,376 penjawat awam Kedah terima bantuan khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Saloma Kuala Lumpur perkenal inisiatif bantu artis veteran, golongan memerlukan
Restoran Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan tabung khas untuk membantu mengurangkan beban golongan seni tanah air yang memerlukan.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Dakwaan besar, cabar kuasa punca Presiden FABD dipecat Sultan Brunei?
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam, Feisal Eusoff Patail, dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Hsien Loong lepas jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong, berundur daripada jawatan tertinggi parti politik terbabit, pada Ahad.
Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.
COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.
Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.
Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.
Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.