KUALA LUMPUR: Usaha mentransformasi Sungai Gombak dan Sungai Klang kepada ikon 'waterfront' atau tepian air yang dinamik dan berdaya huni menerusi projek Sungai Kehidupan (RoL) kini berada pada tahap kemajuan 94.85 peratus, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pelaksanaan projek RoL itu melibatkan lapan batang sungai sepanjang 110 kilometer (km) di sekitar ibu kota iaitu Sungai Klang, Gombak, Batu, Jinjang, Keroh, Kerayong, Ampang dan Bonus.
Beliau berkata kerja-kerja pengindahan projek RoL sudah mencapai 100 peratus melibatkan kerja naik taraf taman awam dan fasiliti laluan pejalan kaki serta berbasikal di pinggiran Sungai Klang dan Sungai Gombak sepanjang 10.7km.
"Komponen pembersihan sungai sudah capai 95 peratus manakala komponen pengindahan sudah 100 peratus siap, bagi pembangunan kawasan tanah (di pinggiran RoL) pula mengambil peringkat demi peringkat," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Muhammad Zahid Md Arip yang ingin tahu perancangan kerajaan mengindahkan Sungai Gombak dan Sungai Klang menggunakan kaedah seperti projek pengindahan Sungai Melaka.
Jalaluddin berkata, keadaan Sungai Gombak dan Sungai Klang yang lebih agresif dan dinamik, terutama di kawasan yang merentasi bandar raya Kuala Lumpur, menjadi cabaran untuk projek RoL dilaksanakan berbanding projek pengindahan Sungai Melaka.
"Lokasi projek pengindahan Sungai Melaka terletak berhampiran dengan laut Selat Melaka menyebabkan pengaliran air sungai tenang dan boleh dikawal dengan pintu air," katanya.
Mengulas mengenai kejayaan Korea Selatan yang berjaya menghidupkan semula sungai mati iaitu Sungai Cheonggyecheon sepanjang 5.8km yang kini menjadi kawasan tumpuan pelancong, beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan sudah ada perancangan menjadikan projek tersebut sebagai model kepada projek sungai di negara ini.
Bagaimanapun, menurutnya setelah kajian dilaksanakan dengan meneliti pendekatan sungai dua tingkat yang memakan perbelanjaan sebanyak RM1 billion sepanjang dua km, kerajaan memutuskan menggunakan perbelanjaan itu untuk memenuhi keperluan rakyat memandangkan negara kini dalam fasa pemulihan ekonomi.
"Kajian dibuat untuk dua km sungai, ada dua tingkat air, (bahagian) bawah aliran biasa manakala atas air buatan yang memakan belanja RM1 billion untuk sepanjang dua km.
"Dalam keadaan negara menghadapi tekanan ekonomi, kementerian fikir kewajaran membelanjakan sejumlah wang itu adalah lebih afdal kalau diberikan kepada keperluan rakyat. Kemungkinan ini boleh dijadikan perancangan masa hadapan," katanya menjawab soalan tambahan Muhammad Zahid berhubung penghidupan semula Sungai Cheonggyecheon di Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021
Selain Sungai Gombak dan Sungai Klang, projek itu turut melibatkan lapan sungai sepanjang 110km di sekitar ibu kota iaitu Sungai Klang, Gombak, Batu, Jinjang, Keroh, Kerayong, Ampang dan Bonus. - Bernama
Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ikon 'waterfront': Projek transformasi Sungai Gombak, Klang 94.85 peratus siap
Libatkan lapan sungai sepanjang 110km di sekitar ibu kota iaitu Sungai Klang, Gombak, Batu, Jinjang, Keroh, Kerayong, Ampang dan Bonus.
Jadi mata dan telinga, lapor pencemaran sungai - Khalid Samad
Aplikasi Citizens Eye mampu membantu penduduk dalam usaha melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan sungai.
Prihatin isu alam sekitar, Maya Karin dilantik sebagai duta River of Life
Aktres popular, Maya Karin menyifatkan pelantikannya sebagai duta ikon River of Life (ROL) bukan sesuatu yang suka-suka dengan hanya bersandarkan kepada paras rupa yang cantik semata-mata.
Warga kota boleh mula beriadah di jajaran sungai tengah Kuala Lumpur April ini
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, secara keseluruhannya, Projek River of Life (ROL) yang menjadi sebahagian daripada Greater KL kini 64 peratus selesai.
'Wasiat' terakhir Datuk Bandar Kuala Lumpur
"Dunia berbasikal tidak akan sama sekali saya tinggalkan. Saya akan berkayuh di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain menganggotai beberapa kumpulan berbasikal pada waktu malam," kata Ahmad Phesal.