MARANG: Seekor ikan paus betina dewasa dianggarkan seberat 400 kilogram yang mengalami kecederaan kecil pada bahagian badan, ditemukan terdampar di hadapan sebuah tempat peranginan di Pantai Merchang dekat Gong Balai, di sini pagi semalam.
Ketua Cawangan Mamalia Marin, Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang Muhammad Amirul Siddiq Abd Rashid berkata mamalia jenis 'Pygmy Sperm Whale' berukuran tiga meter itu dijumpai pada pukul 9 pagi oleh orang awam yang berada di tempat peranginan berkenaan.
"Pasukan FRI Rantau Abang menerima aduan pada 12 tengah hari tadi dan bergegas ke lokasi. FRI Rantau Abang melakukan proses menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
"Bagaimanapun usaha menyelamat tidak berjaya kerana ikan paus tersebut terlalu lemah. Usaha menyelamat dihentikan selepas mendapati haiwan itu telah mati.
"Karkas (bangkai) haiwan tersebut telah dibawa balik ke FRI Rantau Abang dan bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya akan dilakukan esok," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Muhammad Amirul Siddiq menambah 'Pygmy Sperm Whale' merupakan antara paus yang terkecil di dunia dengan paus dewasa daripada spesies ini berukuran maksimum 3.5 meter.
"Ikan paus yang dijumpai hari ini berukuran tiga meter jadi ia adalah paus 'Pygmy Sperm Whale' dewasa kerana anak ikan paus spesies ini hanya berukuran 2.1 meter ke bawah," katanya.
Sementara itu pemilik tempat peranginan itu, Abd Latif Jamaludin berkata beliau menerima makluman daripada kakitangannya mengenai penemuan haiwan berkenaan pada 10 pagi dan bergegas ke lokasi tersebut untuk memastikan kesahihannya.
"Ketika saya tiba, ikan paus itu masih hidup kerana matanya berkelip, namun keadaan fizikalnya sangat lemah. Kami menghubungi FRI Rantau Abang dan mereka bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan ikan paus tersebut," katanya ketika dihubungi.
Abd Latif berkata beliau dan beberapa kakitangan, pengunjung serta orang kampung cuba menolak haiwan itu untuk kembali ke arah laut namun ia terlalu lemah untuk berenang jauh dan kembali terdampar di pantai.
"Ketika kakitangan Jabatan Perikanan tiba, cubaan untuk menolak haiwan marin itu kembali dilakukan namun masih gagal. Kami seterusnya membantu kakitangan Jabatan Perikanan menggunakan pengusung untuk mengangkat ikan paus itu menaiki kenderaan FRI Rantau Abang," katanya.
Beliau berkata penemuan itu adalah kali kedua kerana pada 2017, pernah menemukan bangkai paus di lokasi sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021
Usaha menyelamat tidak berjaya kerana ikan paus tersebut terlalu lemah. - Bernama/FRI Rantau Abang
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan, atau inginkan maklumat lanjut diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
Ikan paus betina ditemukan terdampar di Pantai Merchang, Marang
Mamalia jenis 'Pygmy Sperm Whale' berukuran tiga meter dijumpai pada pukul 9 pagi oleh orang awam di tempat peranginan Pantai Merchang.