Iftar@Kuala Lumpur 2018 tambah menyemarakkan bulan Ramadan di ibu negara apabila mendapat sambutan ribuan pengunjung yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa beramai-ramai.

Bertempat di Dataran Merdeka, majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Iftar@Kuala Lumpur telah dimulakan sejak 2012 dengan nama Festival Ramadan dan dijenamakan semula pada 2015.

Tahun ini, Iftar@Kuala Lumpur berlangsung sebanyak enam kali di ibu negara.

Ia diadakan bagi memupuk semangat bulan Ramadan sebagai bulan kerohanian dan kesenian Islam.

Pada masa sama, Iftar@Kuala Lumpur bertujuan mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah di samping mengeratkan hubungan dalam masyarakat.


Kelainan yang ditonjolkan kali ini ialah terdapat surau bas bergerak dan penganjuran Malam 7 Likur melalui pemasangan pelita gergasi.

Pada masa sama, Iftar@Kuala Lumpur turut terlibat dengan program My Save Food 2018 bagi memastikan pembaziran makanan dapat diminimumkan dengan menyalurkan makanan yang berlebihan kepada golongan asnaf, rumah anak yatim, surau dan masjid.

Selain itu, program lain turut diselitkan pengagihan bubur lambuk, tadarus Al-Quran, jualan food truck, bicara Ramadan dan Konsert Ramadan.