PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menyelar tindakan pendakwah bebas, Abu Syafiq membawa jemaah yang tidak divaksinasi menunaikan umrah.
Beliau menegaskan, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku.
"Saya kesal perkara itu berlaku sedangkan syarat sudah ditetapkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada kakitangan yang terlibat pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengakuan pendakwah tersebut yang membawa jemaah umrah tanpa vaksinasi.
Idris berkata, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas terhadap Abu Syafiq bagi memastikan tindakan sama tidak berulang sekali gus memelihara nama baik Malaysia di mata dunia.
"Saya harap mereka siasat bagaimana jemaah tidak divaksin boleh lolos," katanya.
Ditanya adakah pihaknya akan memanggil Abu Syafiq untuk penjelasan, Idris berkata pihaknya bersedia untuk menasihatinya.
"Iya. Mungkin kita boleh panggil dia untuk tanya kenapa buat begitu," katanya.
Sabtu lalu, Abu Syafiq menerusi Instagramnya memberitahu dia turut tidak menerima vaksin MM.
Difahamkan MM merujuk kepada vaksin Meningococcal dan Meningitis yang merupakan syarat ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah umrah di seluruh dunia.
Bagaimanapun dalam hantaran terbaharunya, Abu Syafiq mendakwa kedua-dua vaksin tersebut tidak lagi menjadi syarat untuk menunaikan umrah.
"Vaksin itu sudah pupus. Mungkin terlalu banyak 'telan' jenis vaksin otak mudah lupa kot," tulisnya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Tue Jan 11 2022
Idris ditemubual pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Musa'adah kepada warga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang terkesan akibat banjir hari ini. - Foto BERNAMA
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Kes buli UPNM: Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Kaitkan dengan GISB, Mufti Perlis saman pemilik akaun Facebook
Pengurusan kes saman itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ong Yen Li pada 11 Nov ini secara e-review.
Agenda AWANI: E-Mobility Asia 2024: Building the future of green mobility in ASEAN
With rapid adoption of electric vehicles(EV) around the world and approximately 32,500 EVs on the road in Malaysia, how policy makers, businesses and consumers supporting the shift to greener transportation? What are the latest innovation and trends to make the switch?
Azrul Reza Aziz shares insights of the 2nd E-Mobility Asia (EMA) 2024 event and conference on Agenda AWANI 9 PM tonight.
Azrul Reza Aziz shares insights of the 2nd E-Mobility Asia (EMA) 2024 event and conference on Agenda AWANI 9 PM tonight.
Tiga suspek pengganas ditahan di Jawa Tengah - Polis Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa unit antikeganasan Polis Nasional, Detasemen Khusus 88 (Densus 88), telah menahan tiga suspek pengganas di lokasi berbeza di Jawa Tengah pada Isnin.
Tujuh modul dibangunkan untuk pulih akidah pengikut GISB - Mohd Na'im
Sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiada harapan besar untuk presiden baharu - Penduduk Gaza
Bagaimanapun, Nadia berharap usaha dapat digerakkan AS untuk sekurang-kurangnya mencapai gencatan senjata.
Pengundi Islam mahu Asia Barat jadi prioriti presiden baharu
Tumpuan dunia termasuk di Malaysia, kini terarah kepada perebutan jawatan presiden antara Naib Presiden Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump.
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Idris selar pendakwah bebas bawa jemaah umrah tidak divaksin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menyelar tindakan pendakwah bebas, Abu Syafiq membawa jemaah yang tidak divaksinasi menunaikan umrah.
Wanita dakwa 'berinteraksi dengan nabi' akan dikaunseling - Menteri
Wanita yang mendakwa berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW di sebuah hotel di Makkah akan dipanggil menjalani sesi kaunseling di pejabat agama negeri yang terlibat.
Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berjaya mengekalkan jawatan sebagai Naib Presiden Pas bagi sesi 2021-2023.