JERTIH: Identiti mayat lelaki lengkap berpakaian yang ditemukan terapung di Sungai Jertih dekat Masjid Hadhari, di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi disahkan sebagai Mohd Azlim Yusof, 51, dari Tembila, Kampung Raja, di sini.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata pengecaman telah dilakukan ahli keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Besut.
"Bedah siasat terhadap mangsa telah selesai pada 2.30 petang tadi dan punca kematiannya ialah unascertained, namun tiada unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata mangsa dikatakan tinggal seorang diri di sebuah bilik yang disediakan pihak Masjid Hadhari sejak beberapa tahun lepas kerana kesempitan hidup.
Terdahulu, polis menerima laporan penemuan mayat berpakaian lengkap dengan kain pelikat itu pada 9.30 pagi daripada seorang lelaki yang sedang memancing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
![Identiti mayat terapung di Sungai Jertih dikenal pasti Identiti mayat terapung di Sungai Jertih dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
Polis berkata pengecaman telah dilakukan ahli keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Besut.
Agenda AWANI: ‘Virus’ media sosial
Jenayah dalam talian (scam, buli siber dan pedofilia) semakin menjadi-jadi, apa perlu kita buat? Apa cara nak desak pengendali platform untuk patuh terhadap undang-undang Malaysia terkait dengan pengguna media sosial? Diskusi 8.30 malam.
Anggaran 26 juta penduduk alami krisis makanan
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric pada Selasa menyuarakan kebimbangan mengenai situasi makanan yang semakin kritikal di Sudan
Polis sita stok bernilai €121 juta milik Amazon
Polis kewangan Itali menyita sebanyak 121 juta euro dari cawangan Itali syarikat e-dagang, Amazon atas dakwaan penipuan cukai dan ekspoitasi pekerja pada Selasa.
Tiga penduduk maut, lima hilang dalam kejadian banjir
Tiga orang terbunuh dan lima dikhuatiri hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah utara Vietnam pada Rabu.
Anggota tentera British parah diserang
Seorang anggota tentera British mengalami kecederaan serius susulan kejadian diserang oleh seorang suspek bertopeng berhampiran sebuah berek di tenggara England pada Rabu.
Empat tan kokain dirampas oleh Paraguay
Paraguay merampas lebih empat tan kokain yang disembunyikan dalam sebuah beg gula dipercayai akan dihantar ke Antwerp, Belgium pada Selasa.
Konsensus lima perkara antara fokus utama
Isu di Myanmar menjadi subjek perbincangan utama dalam Informal Consultation (current, previous dan incoming chairs of ASEAN) yang melibatkan tiga negara termasuk Indonesia, Laos dan Malaysia.
Buruan emas pertama negara bermula pada Khamis
Misi Malaysia untuk menamatkan penantian hampir tujuh dekad bagi pingat emas Olimpik pertama akan bermula esok apabila pertandingan memanah dimulakan, sehari sebelum upcara pembukaan temasya Olimpik Paris 2024, Jumaat ini.
Olimpik Paris: ‘Doa rakyat Malaysia mengiringi langkah atlet Malaysia’ - PM Anwar
Menerusi catatan di media sosial rasminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan kejayaan buat semua atlet dan menyatakan doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah atlet di Paris.
Undang-undang, akta berkaitan jenayah siber perlu diperketatkan
Jika kerajaan benar-benar mahu memerangi jenayah siber, akta perlu ditambah baik dan jika perlu, wujudkan akta baharu kerana jenayah siber sentiasa berkembang dari tahun ke tahun.
![Identiti mayat terapung di Sungai Jertih dikenal pasti Identiti mayat terapung di Sungai Jertih dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
Identiti mayat terapung di Sungai Jertih dikenal pasti
Polis berkata pengecaman telah dilakukan ahli keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Besut.