Menyedari karya dan cetusan idea golongan karyawan boleh dijadikan ilham untuk memajukan sesebuah bangsa dan negara, kerajaan negeri sentiasa melihat karya mereka dalam membangunkan Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
"Golongan karyawan adalah sangat penting, kita jangan memandang rendah dengan kemampuan mereka untuk membangunkan negara kerana mereka adalah golongan penulis yang memberikan idea.
"Kalau sesebuah negara dan negeri dibangunkan tanpa idea, ia akan membangun secara 'ad hoc' atau tempelan sahaja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menurut Zambry, sebagai mengiktiraf golongan karyawan, kerajaan negeri akan menyediakan Hadiah Sastera Darul Ridzuan (HSDR) ke-5 pada Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara) Pangkor Ke-7 yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Dis depan.
Katanya HSDR kelima itu merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memartabatkan karya-karya bermutu tinggi yang dihasilkan sepanjang tahun 2014-2015.
HSDR meliputi 14 kategori dalam pelbagai genre penulisan termasuk kumpulan puisi; kumpulan cerpen; rencana sastera; skrip drama radio dan skrip drama televisyen.
Selain itu, Zambry berkata bersempena dengan Pulara kali ini, satu seminar bahasa dan persuratan Melayu akan diadakan pada 2 dan 3 Dis dengan disertai pakar-pakar berkenaan dari dalam dan luar negara.
"Kira-kira 400 orang dijangka menyertai seminar tersebut termasuk dari Jerman, China, Korea dan Rusia," katanya dan menambah bilangan pengunjung untuk Pulara kali ini dijangka melebihi 5,000 orang sebagaimana direkodkan tahun lalu.
Bernama
Wed Jul 20 2016
ZAMBRY: Kalau sesebuah negara dan negeri dibangunkan tanpa idea, ia akan membangun secara 'ad hoc' atau tempelan sahaja. - Gambar fail
Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena reman
Mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh di TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
AWANI Ringkas: Mangsa lemas banjir di Kedah ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cadangan Malaysia wajar sebelum keadaan lebih kritikal
Cadangan Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangi Islamofobia, dilihat sangat wajar sebelum berlaku keadaan yang lebih kritikal.
Angka korban serangan Israel di Lubnan terus meningkat - Kementerian Kesihatan
Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 195 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan negara itu.
Washington sekali lagi gesa gencatan senjata dipersetujui
Presiden Joe Biden turut diminta memberi reaksi segera kepada tindakan sekutunya di Asia Barat selepas kegansan Israel membawa kepada pembunuhan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah pada Sabtu.
Hassan terbunuh, Presiden Israel ucap tahniah
Presiden Israel, Isaac Herzog mengucapkan tahniah kepada kabinet dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas keputusan melaksanakan operasi yang menyebabkan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah Terbunuh.
Serangan di sempadan berterusan, Israel-Hezbollah berbalas tembakan
Pertempuran terus sengit di antara tentera Israel-Hezbollah yang saling berbalas tembakan di sempadan, hari kedua serangan berskala besar rejim ke atas Beirut yang membunuh pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah.
Kematian Hassan Nasrallah, Lubnan berkabung 3 hari
Setakat ini Hezbollah belum mengumumkan hari pengebumian Allahyarham Hassan.
Hajiji imbau cabaran, kejayaan empat tahun bergelar Ketua Menteri
Genap empat tahun yang lalu saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16, Datuk Seri Hajiji Noor mengimbau cabaran getir yang dilaluinya ketika mula mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan Sabah dan pembaharuan yang diperkenalkannya seiring hala tuju Sabah maju Jaya.
Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda ke-55 hari ini.
Idea golongan karyawan boleh diguna majukan bangsa dan negara - MB Perak
Karya dan cetusan idea golongan karyawan boleh dijadikan ilham untuk memajukan sesebuah bangsa dan negara.