KUALA LUMPUR: Suasana Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini, sayu buat Norliza Abdullah, ibu kepada Allahyarham Nuraida Sabrina Shamsul Anuar yang meninggal dunia akibat radang paru-paru pada Jun tahun lalu.
Ditemui selepas istiadat berkenaan, ibu tunggal berusia 50 tahun itu memberitahu, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer yang diterima bagi pihak anaknya, akan dijadikan pemangkin semangat kepada tiga anaknya yang lain.
Dalam nada sebak, dia menceritakan, anak sulungnya itu menghembuskan nafas terakhir ketika menjalani latihan praktikal di Pusat Pembangunan dan Pendidikan Ummah, Murtadha Dakwah Centre di Kedah, ketika berusia 24 tahun.
Katanya, kehilangan Nuraida Sabrina amat dirasai, lebih-lebih lagi hanya tiga tahun selepas pemergian suaminya, Shamsul Anuar Omar.
"Memang dah nekad untuk datang ke majlis konvokesyen ini. Ijazah dia akan beri semangat kepada adik-adik yang lain. Mungkin, bagi sesetengah orang akan anggap ini hanya perkara remeh namun bagi saya ini adalah usaha arwah yang telah berusaha hampir empat tahun di UPM," katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen UPM kali ke-44 pada Isnin.
Di sebalik kesedihan itu Norliza masih mampu mengukur senyuman dan berbangga dengan pencapaian Nuraida Sabrina.
Katanya, selepas pemergian suaminya tiga tahun lalu, Allahyarham yang menjadi tulang belakang keluarga.
"Sebelum arwah suami meninggal, beliau yang mengambil alih tugas menggalas tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik yang lain serta menguruskan tinggalan kerja arwah ayahnya yang mempunyai kilang sendiri sambil menjalani latihan praktikal.
"Namun, tiba-tiba beliau pula meninggal setelah kematian suami," katanya.
Seramai 951 graduan menerima ijazah daripada Pro Canselor UPM, Prof Emeritus Datuk Dr Muhamad Zohadie Bardaie pada Isnin.
Eton Khir
Mon Jan 10 2022
Norliza ditemani anak keduanya, Nurul Hannah, 22, ketika naik ke pentas mewakili Allahyarham Nuraida Sabrina Shamsul untuk menerima skrol ijazah. - Gambar/ UPM
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Ibu tunggal sebak terima ijazah arwah anak
Suasana Majlis konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) sayu buat Norliza Abdullah, ibu kepada Allahyarham Nuraida Sabrina yang meninggal dunia akibat radang paru-paru.