MELAKA: Seorang ibu tunggal kerugian RM225,900 selepas menjadi mangsa 'love scam' atau penipuan cinta oleh lelaki yang dikenali menerusi laman Facebook sejak Oktober lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Supt E.Sundra Rajan berkata wanita berusia 48 tahun dan bekerja sebagai pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta itu sering berhubung dengan lelaki yang mengaku merupakan rakyat Malaysia tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata lelaki itu turut mendakwa dia adalah seorang duda dan mempunyai perniagaan di luar negara.
"Bagi meyakinkan dan mengaburi wanita itu, lelaki berkenaan telah meminta mangsa memindahkan wang miliknya dari akaun 'West Business Finance' berjumlah AS$42,000 ke akaun Bank of China bagi menunjukkan dirinya memiliki banyak wang.
"Lelaki itu telah memberikan maklumat akaun bank dan kata laluan yang berdaftar atas namanya kepada mangsa untuk melakukan transaksi pindahan wang itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sundra Rajan berkata lelaki berkenaan telah meminta bantuan mangsa sekali lagi untuk membuat pindahan wang dari akaun West Business Finance itu ke akaun Maybank milik ibu lelaki tersebut berjumlah RM10,000 namun transaksi itu tidak berjaya.
Beliau berkata lelaki itu kemudian meminta wanita berkenaan mendahulukan wang untuk dipindahkan ke dalam akaun yang didakwa milik ibu lelaki tersebut dan disebabkan percaya dengan janji bahawa mereka akan mengikat tali pertunangan pada Januari 2022, wanita itu telah memindahkan wang RM10,900 ke akaun yang diberikan.
"Suspek sekali lagi telah meminta bantuan mangsa untuk memindahkan wang dari akaun West Business Finance sejumlah RM2.5 juta ke akaun sebuah firma guaman dengan mendakwa bayaran itu bertujuan untuk pembelian rumah di Setia Alam, Selangor.
"Transaksi itu bagaimanapun dikatakan tidak berjaya kerana pemindahan dengan amaun yang tinggi perlu dikenakan bayaran kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan suspek meminta mangsa mendahulukan wang miliknya kepada IMF dan telah membuat lapan kali transaksi pindahan wang berjumlah keseluruhan RM215,000 ke akaun yang diberikan suspek," katanya.
Beliau berkata wanita itu menyedari dirinya ditipu selepas mesej WhatsAppnya disekat dan lelaki tersebut menghilangkan diri.
Katanya wanita berkenaan membuat laporan mengenai kejadian di Balai Polis Banda Hilir pada 26 Feb lepas dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
![Ibu tunggal rugi RM225,900 terpedaya dengan 'love scam' Ibu tunggal rugi RM225,900 terpedaya dengan 'love scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631962773_lovescam.jpg)
Seorang ibu tunggal kerugian RM225,900 selepas menjadi mangsa 'love scam' atau penipuan cinta oleh lelaki yang dikenali menerusi laman Facebook sejak Oktober lepas. - Gambar hiasan
![Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738919402_AnwarIbrahim.jpg)
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
![Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738919772_tbDonaldTrumplett.jpg)
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
![Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.81 bilion daripada RM24.86 bilion pagi ini.
![Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738917216_PempengaruhMintaM.jpg)
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738917078_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
![Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738903789_TBSaidatulZakirah.jpg)
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
![Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
![Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730432306_mayat.jpg)
Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
![Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727671194_tbNRetha.jpg)
Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
N Retha didakwa memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.
![Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726919100_NancyShukri.jpg)
Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025.
![Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725675629_wanitakudungkaki.jpg)
Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan
Megala yang kematian suami turut diuji apabila dua anaknya disahkan menghidap diabetes dan bergantung pada ubat.
![Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725432985_NancyShukri.jpg)
Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
![Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.
![Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706786364_TBLOVESCAM.jpg)
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.
![MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715678697_TBCourtHammer.jpg)
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
![Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615384622_LogoKPWKM.jpg)
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
![Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705671783_rangka.jpg)
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.