Ibu remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai semalam, ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdullah Roning berkata wanita itu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
"Polis menahan wanita itu dikediamannya di Flat Taman Semarak, Nilai semalam.
"Polis sedang menjalankan siasatan terperinci meliputi segenap aspek bagi mengetahui punca sebenar remaja malang itu ditinggalkan keseorangan di dalam flat berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui oleh Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi bersepadu 6P di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
Remaja lelaki itu kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di sini.
Sementara itu, Faizal Fazri berkata keadaan remaja OKU itu semakin baik dan keadaannya lebih terurus.
"Rambutnya telah digunting nipis manakala perutnya tidak lagi kempis kerana diberi makan dan beliau lebih tenang.
"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang kepadanya," kata beliau kepada pemberita selepas melawat remaja itu hari ini.
Menurutnya remaja itu juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.
Dalam pada itu, bekas pengasuh remaja OKU itu, Norfitri Radius berkata dia menjaga remaja itu dari 2003 hingga 2011 namun setelah berkahwin, beliau mengikut suaminya berpindah ke Gemencheh.
Beliau tidak menyangka remaja OKU malang yang dilaporkan media semalam adalah budak lelaki yang pernah dijaganya.
"Masa saya jaga dahulu, Alhamdulillah beliau gemuk dan tidak terbiar macam tu. Pada masa itu, beliau dah mula pandai nak berdiri dan bercakap satu per satu.
"Saya menjaganya selama lapan tahun dan sudah menganggapnya macam anak saya.
Saya tidak menyangka beliau berkeadaan terbiar begitu sekarang," katanya selepas turut melawat remaja OKU itu hari ini.
Norfitri juga tidak mahu menyalahkan ibu remaja itu dan mendakwa bapanya tidak pernah memberi nafkah anak.
Bernama
Sun Jun 22 2014
Ibu remaja OKU terabai direman empat hari
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Ibu remaja OKU terabai direman empat hari
Ibu remaja OKU yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai semalam, ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.