KAMPAR: Seorang ibu hamil enam bulan antara 91 penduduk Kampung Sahom di sini yang berdepan detik cemas ketika menyelamatkan diri sewaktu banjir melanda kawasan itu pada Rabu lepas.
Roziani Armiza, 36, seorang suri rumah berkata sewaktu kejadian, dia dan keluarganya sedang berehat di rumah apabila hujan lebat berterusan sejak pukul 4 petang sehingga air memasuki rumah didiami sejak 40 tahun itu.
"Tidak sempat kemas apa-apa. Air laju, deras sehingga tenggelam semua peralatan di dalam rumah. Nasib baik ada suami dan dua anak berusia 14 dan 15 tahun yang bantu saya selamatkan diri," katanya sewaktu ditemui Bernama di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sahom, kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Ipoh, hari ini.
Setakat ini, seramai 91 penduduk kampung itu dipindahkan ke PPS berkenaan sejak Rabu malam apabila kampung terbabit dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan pada hari yang sama.
Banjir kilat menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias naik mendadak.
Sementara itu, seorang warga emas dikenali Mek Su, 76, berkata dia sedang bermain dengan cucu dan cicitnya apabila kediaman dinaiki air yang disifatkan terburuk sejak 40 tahun tinggal di kawasan itu.
Dalam pada itu, jirannya, Norshazila Md Nasir, 38, berkata dia sedang berada di pejabat apabila dimaklumkan ibunya mengenai kejadian itu dan bergegas pulang untuk memindahkan keluarganya ke PPS berkenaan.
"Syukur tiada apa-apa. Keluarga semua selamat. Air banjir datang mengejut. Harap peti ais dan lain-lain tidak rosak," katanya.
Tinjauan di PPS itu mendapati kesemua penduduk diberi kemudahan tempat tinggal, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan kaunseling serta tidak dibenarkan pulang berikutan faktor cuaca yang tidak menentu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata siasatan sedang dilakukan pihak berkaitan bagi mencari punca kejadian itu agar ia tidak berulang lagi selepas ini.
Beliau turut memberikan sumbangan daripada kerajaan negeri berupa wang tunai RM300 dan kotak makanan bagi meringankan beban mangsa banjir.
"Ini sumbangan awal, akan ada lagi daripada beberapa pihak. Kerosakan pada harta benda dan barang keperluan sedang dinilai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023

Roziani Armiza (kiri) berkata sewaktu kejadian, dia dan keluarganya sedang berehat di rumah apabila hujan lebat berterusan sejak pukul 4 petang sehingga air memasuki rumahnya.- BERNAMA
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Ibu hamil maut kemalangan motosikal
Pihak hospital memaklumkan mangsa dan anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia manakala suami mangsa tidak mengalami kecederaan.

Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.

Banjir: Ibu hamil 37 minggu reda berlindung di PPS
Seorang ibu hamil dengan usia kandungan mencecah 37 minggu reda apabila terpaksa menjadi penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi.

Tiga beranak maut: Norhafizah sempat hubungi kakak beritahu kemalangan
Tiga beranak maut: Norhafizah sempat hubungi kakak beritahu kemalangan

Vaksin Tdap percuma kepada ibu hamil langkah kesiapsiagaan lindungi golongan rentan
Ia dilihat sebagai langkah kesiapsiagaan negara untuk melindungi golongan rentan termasuk bayi, daripada dijangkiti pertussis (batuk kokol).

Pemberian vaksin Tdap untuk semua ibu hamil di Malaysia tahun depan
Semua ibu hamil di Malaysia termasuk bukan warganegara akan diberikan vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (Tdap) secara percuma, bermula tahun depan (2024).

Keadaan penyakit berkaitan NCD antara punca utama kematian ibu bersalin
Antara ibu dengan keadaan perubatan berkaitan, lebih 50 peratus kematian adalah disebabkan oleh penyakit jantung.

Ibu hamil lima bulan maut tercampak tengah jalan
Seorang ibu yang hamil lima bulan maut dipercayai tercampak ke tengah jalan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dua buah kereta di Bukit Bakar di sini pada Rabu.

Ibu mengandung enam bulan berdepan detik cemas rumah dinaiki banjir kilat
Seorang ibu hamil enam bulan antara 91 penduduk Kampung Sahom di sini yang berdepan detik cemas ketika menyelamatkan diri sewaktu banjir melanda kawasan itu pada Rabu lepas.

KKM rancang beri vaksin TDAP kepada ibu hamil - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) kini merancang memperkenal vaksin tetanus-difteria-pertusis (TDAP) kepada golongan ibu hamil bagi mengurangkan beban penyakit dalam kalangan bayi baharu lahir.