PUTRAJAYA:Semua ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab membantu guru-guru ketika proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) khususnya kepada anak-anak yang di bawah umur.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, ini kerana, kaedah itu nyata berbeza dengan PdP secara bersemuka seperti mana yang dilakukan sebelum ini.
Menurut beliau, kaedah PdPR yang diketengahkan kerajaan ketika ini memberi tumpuan kepada pembelajaran kendiri oleh murid atau pelajar.
"Sistem pembelajaran bersemuka tidak akan sama dengan PdPR meskipun dilakukan menerusi Google Classroom kerana ia bukan secara fizikal.
"Jadi, sudah tentu kaedahnya juga perlu berbeza dan murid lebih banyak belajar kendiri," katanya dalam sesi Taklimat Media, di sini pada Selasa.
BACA: Jangan anggap tempoh sekolah tutup sebagai cuti - Habibah
Dalam perkembangan lain, Habibah berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang petunjuk prestasi utama (KPI) kepada guru-guru untuk melaksanakan PdPR.
"Ini kerana, kita tidak mahu memberikan tekanan (kepada guru), sebaliknya kita mengesyorkan pihak pentadbir sekolah untuk memantau bagaimana guru boleh melaksanakan PdPR.
"Ada sekolah yang membuat pemantauan secara harian (dan ada) juga di peringkat negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)," katanya.
BACA: 346 sekolah belum laksana peperiksaan percubaan SPM - KP Pelajaran
Fauzi Suhaimi
Tue Nov 10 2020
Kaedah PdPR yang diketengahkan kerajaan ketika ini memberi tumpuan kepada pembelajaran kendiri oleh murid atau pelajar dan memerlukan kerjasama ibu bapa, kata Dr Habibah Abdul Rahim. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Belanjawan 2025: Pelan Pembangunan Pendidikan, perkasa reformasi pendidikan tumpuan KPM
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang bakal berakhir serta pelaksanaan agenda reformasi pendidikan dalam negara antara fokus Kementerian Pendidikan (KPM) dalam Belanjawan 2025.
Apple Learning Coach perkasakan kompetensi digital guru - KPM
KPM bekerjasama dengan Apple untuk laksanakan Apple Learning Coach bertujuan membimbing guru memanfaatkan sepenuhnya teknologi Apple.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan bagi lebih banyak subjek di semua sekolah akan bantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan
Murid seharusnya diberikan ruang untuk belajar apa yang mereka suka dan mengikut kecenderungan mereka.
KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid
KPM memaklumkan tindakan tersebut, dijalankan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan menerusi surat siaran dan garis panduan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.
Guru bahagia lahirkan pelajar berjaya
Bergelar seorang guru bukan satu tugas yang mudah namun menuntut kecekalan dan minat mendidik yang tinggi.