Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan sekolah agama khususnya pusat tahfiz sebagai tempat untuk melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak dalam bidang agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Memahami kekangan akibat sibuk bekerja antara punca kecenderungan itu, Mujahid bagaimanapun berkata teras pendidikan anak-anak bukan hanya terletak kepada guru, tetapi bermula dengan ibu bapa yang boleh dijadikan contoh yang dikagumi oleh anak-anak.
"Tak payah hantar anak kita kepada ustaz atau ustazah untuk belajar solat, kita ajar sendiri di rumah, kita tak perlu suruh anak kita hafal doa di sekolah sahaja, ibu bapa ambil inisiatif ajar sendiri.
"Sentuhan ibu bapa tak sama dengan sentuhan guru," katanya semasa merasmikan Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Siraj Abdullah Ibn Mas'ud di Presint 11, di sini pada Khamis.
Siraj Abdullah Ibnu Mas'ud merupakan Sekolah Integrasi Rendah Agama (Jawi) yang kelima, selepas empat Siraj ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Mujahid berkata penubuhan sekolah-sekolah agama swasta dan pusat-pusat tahfiz yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan ketika ini adalah disebabkan oleh trend berkenaan.
"Ada juga ibu bapa yang cari sekolah kalau boleh anak dia tak balik rumah, selesai masalah. Dengan harapan balik hujung minggu ambil, selepas itu cepatlah tunggu hari Isnin nak hantar anak itu balik (ke sekolah)," katanya.
Mujahid berkata oleh kerana permintaan tinggi untuk pendidikan Islam dan tahfiz, ada pihak mengambil kesempatan hanya untuk mendapatkan untung menubuhkan pusat tahfiz berbanding tanggungjawab mengisi kurikulum sekolah dengan baik.
Untuk itu, katanya Majlis Tahfiz Negara yang dijangka ditubuhkan tahun depan akan memastikan kualiti, akreditasi, guru-guru dan kurikulum di sekolah-sekolah agama khususnya tahfiz di seluruh negara mengikut standard kurikulum arus perdana.
Mengenai Siraj Abdullah Ibnu Mas'ud, Mujahid berkata setakat ini ia menerima lebih 700 permohonan, namun hanya 111 murid tahun satu dipilih bagi pengambilan pertama tahun depan.
Katanya sekolah yang dibina dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berjumlah RM5.4 juta itu mempunyai 24 bilik darjah di dalam bangunan setinggi empat tingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 24 2019
![Ibu bapa jangan jadikan tahfiz tempat lepas tanggungjawab Ibu bapa jangan jadikan tahfiz tempat lepas tanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71571936367_MujahidYusofRawa.jpg)
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menandatangani plak perasmian Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibn Masud di Presint 11 Putrajaya pada Khamis. - Foto BERNAMA
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
![Ibu bapa jangan jadikan tahfiz tempat lepas tanggungjawab Ibu bapa jangan jadikan tahfiz tempat lepas tanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71571936367_MujahidYusofRawa.jpg)
Ibu bapa jangan jadikan tahfiz tempat lepas tanggungjawab
Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan sekolah agama khususnya pusat tahfiz sebagai tempat untuk melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak dalam bidang agama.