Ikrar bebas rasuah (IBR) bukan merupakan pelindung untuk penjawat awam supaya mereka boleh terlepas daripada dikenakan tindakan jika terbabit dengan gejala rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompromi dengan individu yang terbabit dengan kes rasuah, termasuk mereka yang telah melafaz serta menandatangani IBR.
Pengarah SPRM Terengganu Mohd Zaki Hassan menegaskan perkara itu pada Isnin, sambil menambah, sejak Ogos lalu, 59 agensi kerajaan termasuk universiti tempatan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah melaksanakan IBR.
"Kita belum terima lagi sebarang aduan yang melibatkan isu rasuah di jabatan yang telah menandatangani IBR," katanya.
"Ia bukannya mengatakan 100 peratus memberi perlindungan. IBR ini cuma satu inisiatif kita untuk menggalakkan agensi kerajaan membenci rasuah," tambahnya.
Menurut Mohd Zaki, sebanyak 70 lagi jabatan dan agensi kerajaan negeri serta GLC di seluruh Terengganu akan melafaz dan menandatangani IBR sepanjang tahun ini.
Mohd Zaki berkata, sejak awal Januari lalu hingga kini, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka.
Tiga tangkapan dan tiga pertuduhan membabitkan kes itu sudah dibawa ke mahkamah, manakala satu masih dalam siasatan.
Katanya lagi, seramai 22,000 orang kakitangan telah menyertai program Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) di negeri ini yang yang mampu bertindak sebagai mata dan telinga kepada SPRM.
Nur Fazlizai Ali
Mon Jan 29 2018

Mohd Zaki (kiri) pada majlis melafaz dan menandatangani IBR oleh 50 petugas Jabatan Laut Wilayah Timur dengan kerjasama SPRM Terengganu di Kuala Terengganu pada Isnin. - Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

IBR tidak melindungi penjawat awam terlibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompromi dengan individu yang terbabit dengan kes rasuah, termasuk mereka yang telah melafaz serta menandatangani IBR.

SPRM lancar Gerah, banteras rasuah habis-habisan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH).