"Bagai cacing kepanasan." Itu antara situasi yang digambarkan apabila lebih seribu 'mat motor' diperiksa menerusi satu operasi di Jalan Raja Laut menghala ke Jalan Sultan Ismail di sini malam tadi.
Susulan itu, 391 saman dikeluarkan dalam Ops Tutup secara besar besaran membabitkan motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Nadzri Hussain berkata, antara kesalahan yang banyak dilakukan adalah tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh dan tiada nombor pendaftaran.
"Daripada jumlah itu, cukai jalan telah tamat tempoh dikesan menjadi kesalahan tertinggi dengan 66 saman dikeluarkan diikuti kesalahan tiada lesen memandu dengan 58 saman.
Dalam operasi ini, seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes kecurian motosikal di Sentul turut ditahan.
Suspek diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Inu Pejabat Polis Daerah IPD Sentul untuk tindakan lanjut.
Operasi yang bermula kira-kira 9 malam ini turut menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih dua kilometer di laluan berkenaan berikutan semua penunggang dan pembonceng motosikal diarahkan berkumpul di lokasi terbabit untuk pemeriksaan.
Beberapa penunggang motosikal juga bertindak melarikan diri termasuk menunggang menongkah arus.
Namun tindakan itu gagal apabila berjaya ditahan oleh polis.
Astro Awani
Mon Jul 31 2017

Sejum;ah 391 saman dikeluarkan dalam Ops Tutup secara besar besaran membabitkan motosikal malam tadi. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis kesan pemandu, penunggang gaduh di tengah jalan
Polis kesan pemandu, penunggang gaduh di tengah jalan

KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Langgar polis trafik, pelajar kolej dipenjara 3 bulan
Lesen memandu Tan Wooi Zhan, 25, yang terbabit dalam insiden di Jalan Hishammuddin dua hari lepas, turut digantung selama tiga tahun.

Himpunan 812: Ellie Suriati berkebaya putih turun perhimpunan
Ellie hadir ke prhimpunan dengan memakai kebaya putih dan berkain batik.

Perhimpunan ICERD: 6 jalan utama ditutup
Polis akan memantau perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD yang akan diadakan di sepanjang Jalan Raja, pada Sabtu ini.

12 termasuk tujuh 'superman' ditahan polis trafik
Kelincahan tujuh samseng jalanan yang membuat aksi 'superman' sambil berlumba terbantut selepas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur berjaya memberkas mereka awal pagi ini.

Pameran interaktif, dramatik jadi tarikan di Ekspo Negaraku
Ekspo ini merupakan pameran infrastruktur yang paling canggih dan terbesar pernah dianjurkan di negara ini.

'Ibarat cacing kepanasan', ratusan 'mat motor' terkepung dalam Ops Tutup
Lebih seribu 'mat motor' diperiksa menerusi satu operasi di Jalan Raja Laut menghala ke Jalan Sultan Ismail di sini malam tadi.

Tunggang motosikal secara bahaya: Pertuduhan ditarik balik
Pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap Muhamad Azrul Mat Ali, 20, selepas ibunya memberitahu anaknya meninggal dunia pada 2 Ogos lepas.

DBKL nafi paip kumbahan di Jalan Raja Laut pecah
DBKL menafikan paip kumbahan di Jalan Raja Laut di sini, pecah seperti yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi.