KUALA LUMPUR: Ibadah korban dibenarkan bermula pada Hari Raya Aidiladha dan tiga Hari Tasyrik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau memaklumkan, aktiviti boleh dimulakan bermula jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja dengan had kehadiran tidak melebihi 10 orang termasuk petugas.
Jelasnya, sebanyak 27 buah rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dibenar menjalankan proses penyembelihan.
Ini termasuk 35 buah rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan DVS, serta masjid dan surau dengan kelulusan DVS atau pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa agama atau pejabat kesihatan daerah.
"Proses potongan kecil dan membungkus pembahagian daging korban hendaklah dibuat di tempat yang lapang dan tidak menyebabkan berlaku kesesakan.
“Sembelihan korban selain daripada rumah sembelihan hendaklah dilaksanakan tidak melebihi lima ekor dalam sehari dengan bilangan petugas tidak melebihi 10 orang bagi setiap haiwan, serta mengambil kira keluasan kawasan bagi mengelakkan 3s (sesak, sempit dan sembang dekat),” katanya dalam sidang media khas SOP ibadah korban menerusi penstriman langsung di Facebooknya malam ini.
Zulkifli turut memaklumkan, terdapat dua kaedah yang dicadangkan untuk tujuan agihan daging korban iaitu penghantaran secara langsung kepada peserta dan kehadiran peserta menerima daging korban.
"Penghantaran secara langsung kepada peserta yang mengambil bahagian dan fakir miskin berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan.
“Manakala jumlah kehadiran peserta pengambilan bahagian tidak boleh melebihi jumlah petugas dalam satu masa mengikut SOP yang ditetapkan dan elakkan 3s," katanya lagi.
Pada masa sama beliau turut menasihatkan supaya petugas yang dipilih hendaklah sihat, tidak bergejala dan bukan dalam kalangan pengidap penyakit kronik.
Selain itu, Zulkifli turut menyarankan agar memberi keutamaan kepada petugas yang telah menerima dua dos suntikan vaksin.
Beliau juga menasihati supaya diadakan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran melalui aplikasi mysejahtera, selain mewajibkan pemakaian pelitup muka serta pejarakan sosial meleibihi 1 meter.
Tambahnya, setiap masjid yang terlibat bertanggungjawab menguruskan pengagihan daging korban kepada golongan sasaran termasuk asnaf, petugas barisan hadapan, anak kariah dan umat Islam di Wilayah Persekutuan.
“Kami mengharapkan dengan inisiatif ini, ia dapat meringankan beban pelbagai kelompok dalam kalangan masyarakat yang memerlukan bantuan, sepanjang pandemik COVID-19 ini.
“Saya juga amat mengalu-alukan inisiatif yang sama dijalankan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” tambahnya.
Khairunnisa Kasnoon
Fri Jun 25 2021
Aktiviti boleh dimulakan bermula jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja dengan had kehadiran tidak melebihi 10 orang termasuk petugas. - Gambar hiasan
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.