Beliau berkata produk berkenaan dijangka mula dipasarkan pada tahun hadapan dan beberapa asnaf telah dikenal pasti untuk menerima bantuan sebagai langkah permulaan bagi menghasilkan produk.
"Bermula pertengahan tahun ini, kita telah mengenal pasti asnaf-asnaf yang terdapat di sekitar Hulu Tembeling dan MUIP juga sedang serta telah menyalurkan bantuan kepada kira-kira 19 asnaf.
“Bantuan diberikan antaranya untuk mereka menanam pisang, ubi kayu dan keledek sebelum dijadikan produk yang akan dipasarkan di kawasan itu kelak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Ikon Usahawan Asnaf 2024 di sini hari ini yang disampaikan kepada 10 penerima.
Beliau berkata MUIP juga akan mengenal pasti asnaf di seluruh negeri yang boleh membekalkan produk pertanian untuk dipasarkan di hab berkenaan.
Selain itu, Ahmad Hairi berkata pihaknya pihaknya turut membantu dengan memberikan bot kepada tiga individu bagi membolehkan mereka mengusahakan perkhidmatan bot pelancongan di kawasan berkenaan.
Sementara itu,beliau memaklumkan bermula Januari hingga September tahun ini, MUIP telah menyalurkan Bantuan Modal dan Peralatan Perniagaan Asnaf berjumlah RM226,583 kepada 44 usahawan asnaf di Pahang.
Beliau turut menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun bermula 2019, pihaknya telah memperuntukkan sejumlah RM1.7 juta untuk membantu usahawan asnaf mengembangkan perniagaan mereka.
Menurutnya peruntukan itu telah memberi manfaat kepada 559 usahawan yang menerima bantuan dalam bentuk pembelian kelengkapan dan peralatan perniagaan serta mesin pembuatan.
-- BERNAMA