KUALA LUMPUR: Memasukkan hukuman sebatan serta tempoh penjara melebihi 20 tahun terhadap anggota sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, merupakan antara cadangan bagi pindaan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Ketika ini hukuman ATIPSOM 2007 jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Risikan/Operasi Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (D3), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Supt Cha Hoong Fong berkata, pindaan berhubung hukuman terbabit sedang dalam proses mendapatkan kelulusan di peringkat Parlimen.
“Perkara ini telah dibincangkan bersama Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), bagi melihat kepada hukuman lebih tegas terhadap mereka (sindiket).
“Jadi perkara ini dalam proses pindaan dan masih menunggu untuk ia diluluskan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Cha berkata hukuman terbabit dalam masa sama sebagai usaha membanteras kegiatan sindiket terbabit yang menjadikan negara ini sebagai tumpuan menjalankan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
Beliau berkata pihak polis dalam masa sama telah menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas anggota sindiket terbabit, sebagai usaha pembanterasan berterusan.
“Kami telah mula gunakannya pada 2019 untuk menangani jenayah ini, di mana ia memberi kesan yang ketara kepada mereka kerana ia tertakluk di bawah jenayah terancang, selain mampu melumpuhkan sindiket terbabit,” katanya.
Beliau berkata menerusi SOSMA, ahli sindiket akan melalui tempoh penahanan yang lebih lama untuk disiasat.
“Sebanyak enam sindiket pemerdagangan dan penyeludupan migran berjaya dilumpuhkan pada tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata sebanyak 146 kes melibatkan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran direkodkan tahun lepas berbanding pada tahun 2019 dengan 272 kes, menandakan keberkesanan penguatkuasaan oleh Polis berhubung jenayah terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
Cha (kanan) ketika ditemu bual hos Sherkawi Jirim pada program Ruang Bicara bertajuk 'Kesalahan Jenayah Pemerdagangan Orang di Malaysia' terbitan Bernama TV di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 9 April, 2021. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Polis tahan 20 warga asing, selamatkan wanita warga Tanzania disyaki mangsa eksploitasi seks
Polis menahan 20 warganegara asing dalam operasi di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah ATIPSOM.
SOSMA: Dua pelayan katering dibenar ikat jamin RM45,000
Mereka dibenarkan ikat jamin atas sebab pengecualian, iaitu seorang mempunyai masalah kesihatan dan seorang lagi ialah wanita.
Polis kesan saksi kes ATIPSOM
Polis meminta kedua-dua individu supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Mahkamah Kuala Lumpur 12 September nanti.
PGA rampas pelbagai barangan bernilai hampir RM17 juta di sempadan negara
Turut dirampas pelbagai jenis barangan kosmetik dan makanan yang tidak memenuhi piawaian keselamatan makanan negara ini serta 19 buah kenderaan dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM1.19 juta.
Pemerdagangan manusia: Pelawak bebas dengan jaminan polis
Pelawak terkenal dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas ditahan sejak Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dan eksploitasi seks di Kuala Pilah.
Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis
Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.
Hukuman sebatan, penjara dalam ATIPSOM 2007 akan dipinda
Ketika ini hukuman ATIPSOM 2007 jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
14 ditahan dalam operasi banteras penyeludupan migran di Pontian
Dalam kejadian pertama dua lelaki berusia 37 tahun yang bertindak sebagai 'transporter' ditahan sedang membawa tiga warga Indonesia kira-kira jam 2 pagi di sekitar Jalan Tanjung Bin.
Seludup guna bas persiaran, 14 PATI bersama pemandu ditahan
14 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diseludup masuk melalui pengkalan haram di Sungai Golok, Rantau Panjang, berjaya ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sini petang tadi.
Dalang jual organ manusia direman tujuh hari
Lelaki berusia 48 tahun dari Kuching itu disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan organ manusia secara haram di pasaran gelap antarabangsa.