Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada 10.30 pagi itu berusia dua hingga 40 tahun, terdiri daripada 14 warganegara Nigeria, Tanzania (tiga) Uganda (dua) dan seorang warga Maldives.
Beliau berkata kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM serta Seksyen 55D, Seksyen 15(1) (c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut menyelamatkan seorang wanita warganegara Tanzania berusia 24 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks.
"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang relevan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sementara itu, seorang pekerja di pangsapuri berkenaan yang enggan dikenali berkata banyak aduan membabitkan warga Afrika di situ seperti membuat bising dan mabuk hingga merosakkan harta benda.
"Pihak pengurusan ada terima aduan mereka membuat bising kerana mabuk selain bergaduh sampai keluar rumah dalam keadaan berbogel," katanya ketika ditemui Bernama.
-- BERNAMA