Suspek kes penjualan organ dalaman antarabangsa direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Lelaki berusia 48 tahun dari Kuching itu disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan organ manusia secara haram di pasaran gelap antarabangsa.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuching Mosidi Husseini, yang bersidang sebagai majistret, susulan permohonan dikemukakan Pegawai Penyiasat ASP Nor Elyanis Mohd Yusoff, kira-kira jam 9.20 pagi.
Terdahulu, suspek telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching kira-kira jam 1.45 petang pada Khamis.
Suspek sebelum ini diburu polis Sarawak bagi membantu siasatan selepas tular laporan portal berita yang berpangkalan di United Kingdom, The Sun, mendedahkan aktiviti haram suspek sebagai dalang penjualan organ dalaman manusia.
Malah dalam laporan itu juga turut memaparkan video perbincangan antara suspek dan wartawan portal berkenaan yang menyamar sebagai pembeli.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Rohana Wahed
Fri Aug 14 2020

Suspek telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching kira-kira jam 1.45 petang pada Khamis. --fotoBERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis tahan 20 warga asing, selamatkan wanita warga Tanzania disyaki mangsa eksploitasi seks
Polis menahan 20 warganegara asing dalam operasi di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah ATIPSOM.

SOSMA: Dua pelayan katering dibenar ikat jamin RM45,000
Mereka dibenarkan ikat jamin atas sebab pengecualian, iaitu seorang mempunyai masalah kesihatan dan seorang lagi ialah wanita.

Polis kesan saksi kes ATIPSOM
Polis meminta kedua-dua individu supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Mahkamah Kuala Lumpur 12 September nanti.

PGA rampas pelbagai barangan bernilai hampir RM17 juta di sempadan negara
Turut dirampas pelbagai jenis barangan kosmetik dan makanan yang tidak memenuhi piawaian keselamatan makanan negara ini serta 19 buah kenderaan dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM1.19 juta.

Pemerdagangan manusia: Pelawak bebas dengan jaminan polis
Pelawak terkenal dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas ditahan sejak Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dan eksploitasi seks di Kuala Pilah.

Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis
Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.

Hukuman sebatan, penjara dalam ATIPSOM 2007 akan dipinda
Ketika ini hukuman ATIPSOM 2007 jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

14 ditahan dalam operasi banteras penyeludupan migran di Pontian
Dalam kejadian pertama dua lelaki berusia 37 tahun yang bertindak sebagai 'transporter' ditahan sedang membawa tiga warga Indonesia kira-kira jam 2 pagi di sekitar Jalan Tanjung Bin.

Seludup guna bas persiaran, 14 PATI bersama pemandu ditahan
14 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diseludup masuk melalui pengkalan haram di Sungai Golok, Rantau Panjang, berjaya ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sini petang tadi.

Dalang jual organ manusia direman tujuh hari
Lelaki berusia 48 tahun dari Kuching itu disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan organ manusia secara haram di pasaran gelap antarabangsa.