Beberapa penjelasan oleh beberapa ulama mengenai hukum membela anjing ini ada dimuatnaik di dalam Youtube.
Antaranya adalah Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan bahawa anjing adalah haiwan yang mempunyai hukum dan tafsirannya di dalam Islam. Ia adalah binatang yang tidak diharamkan untuk dibela dan tidaklah wajib dibela.
Namun begitu sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam.
Ustaz Rasul Dahri juga videonya menyatakan bahawa membela anjing hukumnya harus jika bertujuan seperti menjaga ternakan dan harta, petunjuk jalan, memburu dan menjaga rumah seperti yang telah dijelaskan dalam hadis sahih.
Ustaz Rasul Dahri turut menjelaskan sebab-sebab mengapa dilarang memelihara anjing sebarangan.
Di bawah beberapa ulasan dari ulama mengenai isu ini.