Hujan lebat lebih 30 minit yang melanda Tanah Suci Makkah petang Isnin, ternyata menggembirakan penduduk setempat dan jutaan jemaah haji termasuk dari Malaysia yang berada di sini, untuk menunaikan ibadah haji.
Hujan kira-kira 4.45 petang itu, mulai membasahi kota suci ini selepas umat Islam selesai menunaikan solat Asar.
Jemaah haji Malaysia yang menginap di Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini, turut tidak melepaskan peluang untuk berada di luar bangunan penginapan itu, sambil menadah tangan kesyukuran setelah terpaksa berdepan cuaca panas terik sejak mula tiba di kota suci ini.
Beberapa jemaah Malaysia keluar ke kawasan lapang sambil berdoa: "Alhamdulillah... Alhamdulillah, hujan rahmat".
Suhu di Tanah Suci ini, lazimnya mencecah antara 40 dan 43 darjah celsius.
Menurut seorang penduduk tempatan, Majid, 25, kali terakhir hujan lebat melanda kota suci itu adalah pada Ramadan lepas.
Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur, dan menyifatkannya sebagai hujan rahmat.
"Alhamdulillah...ia satu hujan rahmat kerana setiap tahun walaupun kita dalam musim panas, masih lagi hujan yang dapat menyejukkan suasana dan membersihkan kawasan di Arafah dan Mina yang digunakan setahun sekali," katanya.
Tidak sampai 10 hari lagi, jemaah haji akan bergerak ke Arafah, Muzdalifah dan Mina dalam operasi Masyair.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2017
Suhu di Tanah Suci Makkah lazimnya mencecah antara 40 dan 43 darjah celsius. - Gambar fail
AWANI Borneo [25/11/2024] – Sehingga Jumaat | Serbuan Kastam | Perjanjian jual beli
Tumpuan AWANI Borneo 25 Nov 2024 bersama Assim Hassan
- Amaran hujan berterusan di tiga daerah di Sabah
- Kastam Sabah tumpaskan sindiket seludup minuman keras
- Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings bulan depan
#AWANInews
- Amaran hujan berterusan di tiga daerah di Sabah
- Kastam Sabah tumpaskan sindiket seludup minuman keras
- Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings bulan depan
#AWANInews
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Suami Syura melecur teruk akibat letupan tong gas
Suami kepada penyanyi Syura Badron, Muhammad Farizat Ismail, melecur teruk sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital akibat letupan tong gas.
“Saya tidak boleh jatuhkan hukuman dan bisik pada hakim” - Anwar
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata tidak campur tangan kes rasuah dan serahkan kepada peguam Negara. “Saya hanya boleh sebut siasat, ada kes siasat, saya tidak boleh campur siasatan” kata Anwar.
#AWANInews
#AWANInews
Dua budak perempuan mandi kolam ditemukan lemas
Dua kanak-kanak perempuan ditemukan mati lemas ketika mandi di kolam di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, di sini pada Ahad.
Jumlah pengunjung melepasi sasaran
Pesta Regatta Lepa yang menutup tirai pada hujung minggu lalu telah melepasi sasaran jumlah pengunjung iaitu seramai 20,000.
Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.
Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR
Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan.
Sindiket seludup minuman keras Sabah tumpas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras bernilai lebih setengah juta ringgit dalam dua kes berasingan di Sepanggar dan Beaufort, pada Oktober.
Kementerian Komunikasi laksana kajian pembangunan, penubuhan jawatankuasa protem industri muzik
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pelaksanaan Kajian Pembangunan Industri Muzik Malaysia (KPIMM) dan penubuhan Jawatankuasa Pro Tem Industri Muzik (JK-PTIM).
Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini
Hujan dijangka berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang.
Ribut petir diramal landa utara tanah air esok
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok.
Amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu
Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Banjir: 405 orang berlindung di enam PPS di Perak
Pada Isnin Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan hampir semua daerah di negeri ini akan hujan pada sebelah petang dan malam.
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Taman Tasik Taiping mulai 'dilimpahi' air, pengunjung lega
Dikenali dengan gelaran bandar tadahan hujan, ramai mata yang tertumpu di sini susulan tular paras air tasiknya yang mengering.
Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan
Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
PRK Sungai Bakap: Proses penamaan calon bermula 9 pagi
Keadaan cuaca diramal hujan pagi ini, seperti yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) semalam.
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.