IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan dengan 1,504 kes dilaporkan sehingga 21 Oktober lalu (Minggu Epid: 42).
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 265 peratus berbanding 412 kes bagi tempoh sama tahun lalu, tanpa sebarang kematian.
"Sehingga 28 Oktober lalu, sebanyak 14 lokaliti wabak terkawal dan tiga lokaliti wabak tidak terkawal dilaporkan.
"Sebanyak lima lokaliti menjadi hotspot iaitu Taman Cempaka (24 kes), Bandar Baru Putra (18), Taman Sifar (12), Medan Klebang Restu (lapan) dan RPA Ulu Kinta (empat)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Oktober, di sini hari ini.
Katanya, musim hujan berterusan turut menjadi faktor densiti nyamuk aedes yang menjurus kepada peningkatan kes denggi pada September dan Oktober tahun ini.
Sehubungan itu, warga Ipoh diseru supaya terus mengambil langkah pencegahan dan kawalan dengan meluangkan masa sekurang-kurangya 10 minit setiap minggu mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Rumaizi berkata MBI menawarkan hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan bernilai RM99,000 untuk Cabutan Bertuah Tahun 2024 bagi warga Ipoh yang membuat bayaran cukai taksiran setahun tanpa tunggakan di mana-mana saluran pembayaran MBI.
Pembayar cukai boleh memuat turun aplikasi DMBI dan mendaftar sebagai pengguna bagi melayakkan diri untuk menyertai cabutan itu.
Ia menawarkan 30 hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua Axia, empat motosikal, 10 barangan kelengkapan rumah/barangan digital dan 15 hadiah wang tunai.
“Sejumlah 20,000 unit ganjaran berupa rebat wang tunai sebanyak RM3 bagi bayaran satu penggal dan RM5 bayaran setahun juga ditawarkan.
"Pengguna boleh membuat bayaran awal bagi bil cukai taksiran 2024 mulai 10 Nov ini,” tambahnya.
Aida Aziz
Tue Oct 31 2023

Warga Ipoh diseru supaya terus mengambil langkah pencegahan dan kawalan denggi dengan meluangkan masa sekurang-kurangya 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.

Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.

Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 36, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept.

Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.