KUALA LUMPUR:Hubungan dua hala antara China dengan Amerika Syarikat (AS) dijangka kekal mengalami tekanan susulan pilihan raya presiden dan pentadbiran baharu di negara ekonomi terbesar dunia itu, menurut Manulife Investment Management (MIM).
Pakar mengenai Greater China, Kai Kong Chay berkata sejak empat tahun lepas, pentadbiran AS secara strategik telah menggunakan pelbagai kaedah seperti tarif perdagangan, sekatan dan senarai entiti, ke atas China.
"Memandangkan situasi tidak menentu ini, kami yakin kerajaan dan korporat China telah lebih bersedia untuk meneruskan pembangunan ekonomi negaranya," katanya menerusi nota pelaburan hari ini.
Beliau berkata semasa sesi pleno kelima Parti Komunis China pada Oktober, kerajaan China memperkenalkan Rancangan Lima Tahun ke-14 bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang berperanan sebagai prinsip panduan untuk pembangunan ekonomi masa depan negara itu.
"Langkah terhadap persekitaran luaran yang lebih mencabar dan di peringkat pembangunan domestik utama, strategi 'dwi-pusingan' oleh Presiden China, Xi Jinping telah memberikan penekanan kepada 'pusingan dalaman' sebagai jentera pertumbuhan utama manakala 'pusingan luaran' dijangka berfungsi sebagai pemacu tambahan.
"Tujuannya adalah mengekstrak potensi pertumbuhan China melalui kemajuan teknologi yang lebih pantas, lonjakan penggunaan, pembandaran baharu dan penambahbaikan rantaian bekalan dalaman di samping membolehkan pasaran domestik dan asing untuk saling meningkatkan," katanya.
Chay berkata, MIM akan menunggu dan melihat hala tuju yang akan diambil oleh pentadbiran baharu AS berkaitan hubungan China-AS.
Beliau juga menjangkakan pertumbuhan China terus menunjukkan perbezaan berbanding negara lain di seluruh dunia -- lebih-lebih lagi semasa pasca-pandemik.
"Ia mungkin menarik lebih banyak modal asing ke dalam aset denominasi renminbi atau perusahaan China yang mencatatkan pertumbuhan tinggi dan berprestasi baik.
"Kerajaan China juga membenarkan institusi asing yang bersedia bagi menyertai peluang pertumbuhan China dan mewujudkan jalinan dengan pelabur global menerusi langkah meliberalkan pasaran modalnya," katanya.
Beliau berkata ramai pengurus aset asing, termasuk dari AS dan Eropah, telah memberikan reaksi positif dengan meningkatkan pelaburan di China, walaupun wujud peningkatan ketegangan dalam hubungan China-AS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020
MIM akan menunggu dan melihat hala tuju yang akan diambil oleh pentadbiran baharu AS berkaitan hubungan China-AS. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.