KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah menyebut mengenai berlakunya elemen rasuah dalam pentadbiran Human Resource Development Corporation (HRD Corp), kata peguam Amrit Pal Singh.
Sehubungan itu, beliau berkata, semua pihak perlu berlapang dada dan membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut dengan penuh profesional bagi mencapai tujuan yang disasarkan.
"Ini tidak, baru sahaja SPRM kunjungi pejabat HRD Corp, ramai yang buat pelbagai tanggapan walaupun PAC tidak pernah sebut elemen rasuah atau salah guna kuasa oleh pengurusan HRD Corp.
"Sebagai pengamal undang-undang, saya suka ingatkan bahawa prinsip kami jelas, seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah.
"Kita tak boleh ‘hukum’ mengikut media sosial hari ini yang rangkaiannya tiada sempadan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 sebelum ini antaranya mengesyorkan agar Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketakteraturan yang dikenal pasti dengan merujuk kepada agensi penguatkuasaan berkaitan.
Laporan tersebut antaranya mendedahkan terdapat tindakan serta keputusan diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat.
PAC turut dilapor mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim hari ini memaklumkan kementerian itu mempertimbangkan cadangan membuat laporan polis susulan isu tadbir urus HRD Corp seperti didedahkan LKAN Siri 2/2024.
Beliau berkata, setakat ini laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kementerian itu juga melaksanakan audit bebas oleh pihak ketiga ke atas HRD Corp.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 11 2024
Amrit Pal (gambar kecil) berpandangan bahawa PAC tidak pernah menyebut mengenai berlakunya elemen rasuah dalam pentadbiran Human HRD Corp. - Foto/Fail
xAI raih suntikan dana baharu AS$6 bilion, Grok-3 dalam pembangunan
xAI sedang menguji aplikasi Grok untuk iPhone dan membangunkan Grok 3, kini dalam fasa latihan.
Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan penderaan seksual kanak-kanak ditahan
Polis menahan 13 lelaki secara berasingan di enam negeri kerana disyaki memiliki bahan pornografi dewasa dan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian.
Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025
Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
Bonus ASB 2024 catat lebih tinggi dari jangkaan
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai, pencapaian ini bukan sahaja menggambarkan kemampuan pengurus dana ASB dalam memilih pelaburan yang tepat, tetapi juga memperlihatkan kepakaran mereka dalam menguruskan dana dengan cekap dan berkesan.
Doktor pelatih alami tekanan, siapa perlu pantau?
Pengarah hospital disarankan melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital, terutamanya apabila terdapat aduan mengenai masalah penyeliaan yang berlaku di antara doktor pakar dan doktor pelatih.
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional
Menurut pakar ekonomi, langkah itu antara lain mampu membantu kerajaan menangani isu kenaikan caj perubatan fasiliti kesihatan swasta dan peningkatan kadar premium insurans kesihatan.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pantau Belanjawan: ASB: Bagaimana kadar dividen mencorak pelaburan masa depan?
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun 2024 hari ini. Bagaimana agihan pendapatan ini mencerminkan trend dividen di Malaysia serta mencorak hala tuju pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada masa hadapan? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai.
Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Kerjasama Malaysia-Negara ASEAN kekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi - Sim
Kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN penting untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi, dinamik dan pelbagai, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat 10 sektor strategik - Sim
Laporan kaji selidik mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pasaran tenaga kerja negara akan melibatkan 10 sektor strategik, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.
Laporan kajian kesan AI, pendigitalan terhadap pasaran kerja negara siap hujung September
Laporan kajian impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap hujung bulan ini.
Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp
Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.