KUALA LUMPUR: Sebuah hospital swasta baharu, KL International Hospital (KLIH) akan dibina di sini, dengan cadangan pelaburan berjumlah RM860 juta.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan KL Wellness City dalam kenyataan bersama pada Selasa memaklumkan KLIH yang dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2026, bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.
"Hospital dengan 624 katil dan berpotensi diperluaskan kepada 1,000 katil itu, akan menawarkan ekosistem perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan bersepadu termasuk fasiliti kesihatan serta kecergasan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan hospital berkenaan akan dilengkapi dengan dengan teknologi canggih dan peralatan perubatan terkini seperti 22 dewan bedah (OT) termasuk angio hibrid, pengimejan resonans magnetik (MRI) OT serta pembedahan robotik.
Projek KLIH diumumkan pada acara media yang dianjurkan KL Wellness City dan dirasmikan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman serta Pengarah Urusan KL Wellness City Datuk Dr Colin Lee.
Sementara itu, Arham berkata projek hospital swasta berkenaan akan membawa manfaat ekonomi kepada negara dari segi mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi dengan 95 peratus daripadanya adalah untuk rakyat Malaysia.
"Ini termasuk 460 pakar perubatan dan doktor, 1,972 jururawat dan 278 profesional kesihatan bersekutu seperti ahli fisioterapi, radiografi, ahli teknologi perubatan, ahli farmasi dan juruteknik, selain meningkatkan penawaran terhadap penjagaan kesihatan berkualiti dan kepakaran perubatan.
"Pada akhirnya, ia menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan perubatan di rantau ini," katanya.
Beliau berkata kerajaan melalui MIDA telah menyediakan insentif untuk sektor penjagaan kesihatan termasuk potongan cukai dan sokongan kepada hospital terpilih, bagi menjadikan sektor itu lebih berdaya saing di peringkat serantau dan menarik minat pelabur.
Setakat ini, MIDA telah meluluskan insentif kepada 86 fasiliti penjagaan kesihatan swasta dengan jumlah pelaburan RM11.2 bilion, yang mewujudkan lebih 18,000 peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Arham (dua, kiri) dan Lee (tiga, kiri) ketika mengumumkan kepada media mengenai projek KLIH di Kuala Lumpur semalam. - Foto KL Wellness City
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Belum ada keperluan KKM gunakan fasiliti hospital swasta rawat pesakit COVID-19 - APHM
Ketika ini belum ada keperluan bagi Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggunakan fasiliti hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19.
KKM akan terima pakai pendekatan pajakan mulai tahun depan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima pakai pendekatan pajakan bagi peranti perubatan, aset perubatan dan ambulans mulai tahun depan.
Perak kini di landasan tepat muncul hab pelancongan kesihatan - MB
Ia berikutan pertambahan jumlah hospital swasta yang menawarkan kepakaran dalam beberapa bidang khusus.
Presiden Argentina dirawat di hospital swasta
Presiden Argentina Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk.
Hospital swasta dengan pelaburan RM860 juta bakal dibina
KLIH yang dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2026, bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.
500 pesakit kanser bakal terima rawatan percuma di hospital swasta - Khairy
Tiga buah hospital swasta yang terlibat ialah Hospital Pantai, Hospital Gleneagle dan Pusat Perubatan Prince Court.
Pesakit COVID-19 di hospital swasta semakin berkurangan - APHM
Datuk Dr Kuljit Singh berkata, jumlah itu mulai berkurang sejak dua minggu lepas, terutamanya di Lembah Klang.
Kepimpinan Menteri Kesihatan baharu perlu efektif - Pakar Kesihatan Awam
Hala tuju institusi kesihatan negara ini perlu dibangunkan secara strategik pada kadar segera dengan pelantikan Menteri Kesihatan baharu yang mempunyai kepimpinan efektif.
COVID-19: Penyewaan 100 ambulans untuk tempoh hingga setahun
Ia usaha KKM bagi menampung kekurangan ambulans di Lembah Klang selain memuktamadkan perolehan menerusi tender terbuka sejumlah 490 buah ambulans.
COVID-19: Kapasiti katil hospital di kawasan GKV ditingkatkan
Langkah berkenaan dibuat berikutan situasi terkini penularan wabak itu di GKV merangkumi kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.