PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam rundingan untuk melaksanakan penyewaan 100 ambulans untuk tempoh lebih panjang antara enam bulan hingga setahun, kata Ketua Setiausaha KKM Datuk Shafiq Abdullah.
Beliau berkata ia adalah satu daripada usaha KKM bagi menampung kekurangan ambulans sedia ada di Lembah Klang selain sedang memuktamadkan perolehan menerusi tender terbuka sejumlah 490 buah ambulans.
Katanya, KKM juga mengubah suai kenderaan van termasuk melengkapkannya dengan peralatan perubatan minimum seperti silinder oksigen bagi membolehkan van itu digunakan untuk membawa pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital.
"Langkah ini diharapkan dapat membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa dan mengurangkan kadar kematian Brought in Dead (BID)," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini semalam.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Shafiq berkata KKM juga telah meluluskan RM39 juta untuk membeli ubat Baricitinib sebanyak 12,873 kotak.
"KKM juga akan memohon kepada Kementerian Kewangan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta lagi bagi perolehan ubat ini dan ubat-ubatan lain bagi perawatan COVID-19 seperti ubat Tocilizumab, suntikan Methylprednisolone dan Enoxaparin," katanya.
Shafiq berkata dalam memastikan bekalan oksigen mencukupi, KKM juga sedang menguruskan pembinaan empat buah 'bulk tank' oksigen di Hospital Selayang dan Hospital Kajang yang dijangka siap untuk kegunaan pesakit COVID-19 dalam masa terdekat.
Selain itu, beliau berkata aktiviti penyumberluaran perkhidmatan untuk membolehkan pesakit bukan COVID-19 dipindahkan ke hospital swasta telah mengurangkan masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan serta membolehkan pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima mendapat rawatan di hospital awam.
"Seramai 1,310 pesakit telah menerima rawatan di hospital-hospital swasta di sekitar Greater Klang Valley bagi tempoh 5 Julai hingga 10 Ogos lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
Aktiviti penyumberluaran perkhidmatan untuk membolehkan pesakit bukan COVID-19 dipindahkan ke hospital swasta telah mengurangkan masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan. - Gambar hiasan
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
COVID-19: Penyewaan 100 ambulans untuk tempoh hingga setahun
Ia usaha KKM bagi menampung kekurangan ambulans di Lembah Klang selain memuktamadkan perolehan menerusi tender terbuka sejumlah 490 buah ambulans.
COVID-19: Negara berdepan gelombang ketiga, aktiviti rentas negeri antara punca penularan
Jangkitan utama di Lembah Klang disebabkan varian Delta dan usaha melandaikannya akan mengambil masa oleh kerana kadar kebolehjangkitan yang berbeza.