PUTRAJAYA: Semua pihak diseru menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang kerana ia tidak berpelembagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mohktar berkata pihaknya mengambil maklum serta menghormati keputusan itu yang dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan hakim berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian yang terbaik.
"Pun begitu, jika dilihat dari aspek hukum syarak, Islam sangat mementingkan keharmonian rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan suami isteri. Islam melarang perbuatan mengganggu isteri orang atau sebarang usaha untuk meruntuhkan rumah tangga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selaras dengan hukum syarak, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan.
"Ia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 36 mengenai kesalahan memujuk lari perempuan bersuami, Seksyen 37 mengenai kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dan Seksyen 38 mengenai kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan," katanya.
Mohd Na'im berkata kesemua peruntukan berkenaan secara tidak langsung dapat menjamin keharmonian rumah tangga selaras dengan kehendak syarak.
Beliau berkata pemansuhan itu juga tidak menjejaskan peranan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk terus melaksanakan program pengukuhan institusi keluarga yang menghayati nilai sakinah, mawaddah dan rahmah.
Sehubungan itu, umat Islam terutama suami isteri diseru untuk berganding bahu bagi melaksanakan kewajipan masing-masing serta saling memperkukuh institusi keluarga demi anak-anak dan generasi Al-Falah selain saling meningkatkan akhlak dalam pergaulan seharian agar sentiasa sejajar dengan pedoman ajaran Islam.
"Agensi hal ehwal agama bersama pertubuhan Islam dan pengurusan masjid diseru untuk memperhebat program pendidikan kepada masyarakat bagi menghayati kepentingan keutuhan sesebuah keluarga demi kehidupan sejahtera," kata Mohd Na'im.
Mahkamah Persekutuan pada 15 Dis lepas memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana ia tidak berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata panel hakim berpendapat bahawa seksyen itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
![Hormati keputusan mahkamah mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang - Mohd Na'im Hormati keputusan mahkamah mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703090917_DATUKDRMOHDNAIM.jpg)
Beliau berkata selaras dengan hukum syarak, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan. - Gambar fail/Bernama
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
![18 bulan penjara, denda RM3,000 jika goda isteri orang di Sabah 18 bulan penjara, denda RM3,000 jika goda isteri orang di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706059782_TBgodaisterioran.jpg)
18 bulan penjara, denda RM3,000 jika goda isteri orang di Sabah
Kes gangguan rumah tangga membabitkan orang ketiga bagi mereka yang beragama Islam juga boleh dikenakan hukuman tersebut.
![Lelaki goda isteri orang masih boleh didakwa di Johor Lelaki goda isteri orang masih boleh didakwa di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704083765_GenericFlirtingm.jpg)
Lelaki goda isteri orang masih boleh didakwa di Johor
Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Johor masih boleh didakwa dan dikenakan tindakan mengikut undang-undang syariah negeri berkenaan.
![Hormati keputusan mahkamah mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang - Mohd Na'im Hormati keputusan mahkamah mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703090917_DATUKDRMOHDNAIM.jpg)
Hormati keputusan mahkamah mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang - Mohd Na'im
Semua pihak diseru menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang.
![Lelaki goda isteri orang berdepan penjara tiga tahun di Terengganu Lelaki goda isteri orang berdepan penjara tiga tahun di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703151007_TBWanMohdZakri.jpg)
Lelaki goda isteri orang berdepan penjara tiga tahun di Terengganu
Mana-mana lelaki yang disabitkan kesalahan menggoda isteri orang di Terengganu berdepan denda RM5,000 atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
![Mahkamah Persekutuan mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang Mahkamah Persekutuan mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643195127_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang
Panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina.
![Peruntukan Kanun Keseksaan jenayahkan lelaki goda isteri orang tidak berperlembagaan - Peguam Peruntukan Kanun Keseksaan jenayahkan lelaki goda isteri orang tidak berperlembagaan - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684753162_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Peruntukan Kanun Keseksaan jenayahkan lelaki goda isteri orang tidak berperlembagaan - Peguam
Seksyen 498 Kanun Keseksaan melanggar hak wanita bagi kesaksamaan di sisi undang-undang kerana ia hanya memberikan hak kepada suami untuk memulakan prosiding jenayah.