KOTA KINABALU: Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Sabah boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen Mahkamah Anak Negeri (MAN) Sabah.
Malah denda yang dikenakan kepada pesalah lebih besar di bawah enakmen MAN Sabah jika melibatkan perbuatan seorang lelaki memikat isteri orang.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menjelaskan bahawa Sabah juga mempunyai enakmen di bawah Mahkamah Syariah Sabah.
"Di Sabah pun kita ada enakmen berkenaan iaitu Seksyen 86 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995, tetapi enakmen MAN pun ada.
"Malah undang-undang dalam enakmen MAN Sabah lebih besar dari segi dendanya iaitu tiga ekor ternakan dan jika tidak mematuhi boleh dikenakan 18 bulan penjara atau denda sebanyak RM3,000," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Mahkamah Syariah Kota Kinabalu di Likas pada Selasa.
Dalam lawatan itu turut dihadiri oleh Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah yang hadir untuk menyempurnakan lawatan rasmi pentadbiran kerajaan Selangor.
Jelas beliau lagi, kes gangguan rumah tangga membabitkan orang ketiga bagi mereka yang beragama Islam juga boleh dikenakan hukuman tersebut berdasarkan adat di Sabah di bawah enakmen MAN.
"Bagaimanapun, setakat ini belum ada kes berkenaan berlaku termasuk di Mahkamah Syariah dan mudah-mudahan ia tidak akan berlaku," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai cadangan mewujudkan enakmen baharu, Mohd Ariffin memaklumkan, ia akan dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini juga.
"Insya-Allah dalam Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Negeri Sabah (JAKTUS) ini akan menyusun bersama-sama mengenai enakmen ini dan ia dipengerusikan oleh Peguam Besar Negeri Sabah, mudah-mudahan apabila selesai kita boleh bawa ke DUN Sabah.
"Kita jangka pertengahan sidang DUN satu atau dua Rang Undang-Undang (RUU) kita bentangkan dan selebihnya kita akan bincangkan selepas ini," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengwujudan tiga enakmen baharu iaitu Enakmen Mahkamah Syariah 2024, Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024 dan Enakmen Perwarisan Harta Pusaka Orang Islam 2024 yang dibentangkan Ketua Hakim Syarie Sabah, Ahadin Arinen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 24 2024

Mohd Arifin ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu bersama Mohammad Fahmi pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

18 bulan penjara, denda RM3,000 jika goda isteri orang di Sabah
Kes gangguan rumah tangga membabitkan orang ketiga bagi mereka yang beragama Islam juga boleh dikenakan hukuman tersebut.

Lelaki goda isteri orang masih boleh didakwa di Johor
Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Johor masih boleh didakwa dan dikenakan tindakan mengikut undang-undang syariah negeri berkenaan.

Hormati keputusan mahkamah mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang - Mohd Na'im
Semua pihak diseru menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang.

Lelaki goda isteri orang berdepan penjara tiga tahun di Terengganu
Mana-mana lelaki yang disabitkan kesalahan menggoda isteri orang di Terengganu berdepan denda RM5,000 atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah Persekutuan mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang
Panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina.

Peruntukan Kanun Keseksaan jenayahkan lelaki goda isteri orang tidak berperlembagaan - Peguam
Seksyen 498 Kanun Keseksaan melanggar hak wanita bagi kesaksamaan di sisi undang-undang kerana ia hanya memberikan hak kepada suami untuk memulakan prosiding jenayah.