Seluruh rakyat Malaysia perlu menghormati agama orang lain untuk memastikan agama mereka dihormati, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perayaan yang diraikan secara bersama rakyat negara ini seperti Krismas merupakan sebuah manifestasi bahawa seluruh rakyat Malaysia, walaupun berbeza pegangan agama, mampu menghormati agama orang lain.
"Perbezaan pegangan agama kepada kita ia adalah merupakan suatu keistimewaan untuk penganut-penganut semua agama, dalam al-Quran menyebutkan 'you are with your religion I'm with my religion' (untukmu agamamu, dan untukku agamaku).
"Keharmonian kita kekalkan biarpun kita berbeza agama, berbeza keturunan, kebudayaan, bahasa dan latar belakang namun sebagai rakyat Malaysia kita kekal dan kukuhkan keharmonian dan perpaduan ini sampai bila-bila," katanya berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2015 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir di sini malam tadi.
Turut hadir isterinya Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup; dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Ahmad Zahid berkata perbezaan dalam kalangan rakyat Malaysia itu tidak akan menyebabkan mereka berpecah sebaliknya suatu keistimewaan yang menjadi lambang rakyat negara ini.
Justeru beliau menyeru supaya kebersamaan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu serta hidup aman dan harmoni di sebalik perbezaan itu dipertahankan secara bersama.
Beliau berkata mengenai peristiwa perbezaan pegangan kumpulan kecil yang merasakan diri mereka dianiaya peniaga lain tidak sepatutnya dijadikan soal atau permasalahan melibatkan perkauman.
"Perbezaan kefahaman itu adalah soal kecil yang harus diselesaikan dengan kaedah yang baik, permasalahan jenayah dikaitkan dengan jenayah akan diselesaikan oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia).
"Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sentiasa komited untuk melihat bahawa negara kita aman lagi sejahtera dan harmoni sepanjang masa, asas-asas ini tentunya diwujudkan kepimpinan negara sebelum atau selepas merdeka," katanya.
Ahmad Zahid berkata hasrat pemimpin terdahulu untuk rakyat Malaysia bersama mempertahankan kebersamaan, keharmonian dan kesejahteraan haruslah difahami secara mendalam terutama generasi masa kini.
Beliau berkata pemimpin terdahulu melalui pelbagai kesukaran untuk memperoleh kemerdekaan dan usaha mengekalkan kesejahteraan serta kejayaan melalui kemerdekaan dicapai itu juga sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan tanpa kebersamaan.
Justeru katanya menjadi tanggungjawab semua pemimpin sama ada pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan serta masyarakat untuk menterjemahkan kebersamaan itu untuk diikuti semua rakyat Malaysia.
"Tidak harus tidak keharmonian dan kesejahteraan kita harus dipertahan dengan kebersamaan demi keamanan dan kesejahteraan negara kita," katanya.
Bernama
Sun Dec 27 2015
Perayaan yang diraikan secara bersama rakyat negara ini seperti Krismas merupakan sebuah manifestasi bahawa seluruh rakyat Malaysia, walaupun berbeza pegangan agama, mampu menghormati agama orang lain. -Gambar fail
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.