KANGAR: Seorang lelaki direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung perbuatan memuat naik hantaran berunsur penghinaan dan tidak beradab di lama sosial Facebook terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Tanah Merah, Kelantan pada 10 malam tadi dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis kira-kira 3.39 petang ini.
"Polis mendapat perintah reman untuk menahan suspek selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan/Seksyen 505 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan bekas exco Perlis, Datuk Ahmad Bakri Ali membuat laporan berhubung tindakan seorang lelaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan dan tidak beradab menerusi laman Facebook terhadap Raja Perlis dan Mufti di Balai Polis Kangar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Suspek ditahan di rumahnya di Tanah Merah, Kelantan pada 10 malam tadi dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis kira-kira 3.39 petang. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Peniaga ketam dipenjara enam bulan, denda RM15,000 kerana hina raja
Tertuduh juga boleh dikenakan penjara tambahan dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Thaksin berhadapan pendakwaan hina raja
Thaksin Shinawatra didakwa menghina monarki, kata seorang pegawai pada Selasa, hanya beberapa minggu dari kemungkinan pembebasan parolnya.

Hina institusi raja: "Ke mana hilangnya budi bahasa?" - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan ahli-ahli politik agar memelihara adab dan tatasusila meskipun berbeza haluan politik.

Tindakan tegas terhadap individu sebar kandungan hina institusi diraja - MCMC
MCMC akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan berbaur kebencian dan penghinaan membabitkan institusi diraja.

Hina Raja Perlis, Mufti: Lelaki direman enam hari
Suspek ditahan di rumahnya di Tanah Merah, Kelantan pada 10 malam tadi dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis kira-kira 3.39 petang.

Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Raja Perlis
Mohd Shukor Ishak, 30, yang tinggal di Kampung Hutan Temin, Mata Air, Arau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.