Pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang membuat kenyataan menghina pasukan polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis Bukit Aman pada pukul 1.00 tengah hari selepas kenyataannya direkodkan.
Peguam Mohd Asri, Datuk Shaharudin Ali berkata pada mulanya anak guamnya itu disoal siasat sekitar sejam setengah sebelum mereka pergi menunaikan solat Jumaat.
"Kenyataan telah direkodkan oleh pegawai penyiasat dari unit siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Asri telah memberikan kenyataan mengenai dakwaan aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup ketika disoal, selain dakwaannya bahawa kebanyakan pegawai polis tidak menunaikan solat setiap hari," kata Shaharudin ketika ditemui pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.
Katanya Mohd Asri akan disoal semula pada pukul 3.00 petang berkenaan perkara yang sama.
Bernama sebelum ini melaporkan dua laporan polis telah dibuat terhadap Mohd Asri di Balai Polis Jalan Travers dan Jalan Tun Razak, dua hari lepas.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebimbangan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan.
Dilaporkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menyifatkan dakwaan yang dibuat Asri terhadap pegawai polis tidak menunaikan solat sebagai 'melampau'.
Dalam video sama yang tular itu, Mohd Asri turut mengatakan perkara yang sama terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bagaimanapun, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang dalam kenyataan mengatakan pihaknya menerima permohonan maaf Mohd Asri yang disiarkan menerusi platform media sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Rabu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 14 2020
![Hina pasukan polis, Asri Janggut ke Bukit Aman Hina pasukan polis, Asri Janggut ke Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597393146_AsriJanggut.jpg)
Bernama sebelum ini melaporkan dua laporan polis telah dibuat terhadap Mohd Asri di Balai Polis Jalan Travers dan Jalan Tun Razak, dua hari lepas. - BERNAMA
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![PRN Melaka: 'Saya doakan Pas dan UMNO berbaik semula' - Asri Janggut PRN Melaka: 'Saya doakan Pas dan UMNO berbaik semula' - Asri Janggut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636267067_UmnoPas.jpg)
PRN Melaka: 'Saya doakan Pas dan UMNO berbaik semula' - Asri Janggut
Ahli Pas Parlimen Batu, Mohd Asri Hamid atau dikenali Asri Janggut mendoakan agar parti itu dan UMNO dapat berbaik semula.
![Hina pasukan polis, Asri Janggut ke Bukit Aman Hina pasukan polis, Asri Janggut ke Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597393146_AsriJanggut.jpg)
Hina pasukan polis, Asri Janggut ke Bukit Aman
Kenyataan telah direkodkan oleh pegawai penyiasat dari unit siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
![Hina PDRM, ATM: Asri Janggut akan dipanggil Bukit Aman Hina PDRM, ATM: Asri Janggut akan dipanggil Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597276062_MohdAsriHamid.jpg)
Hina PDRM, ATM: Asri Janggut akan dipanggil Bukit Aman
DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ.
![Lindungi premis haram: Empat penguat kuasa MBSA direman tujuh hari Lindungi premis haram: Empat penguat kuasa MBSA direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597209467_remanpeniagarokok.jpg)
Lindungi premis haram: Empat penguat kuasa MBSA direman tujuh hari
Mereka ditahan SPRM semalam kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen.
![Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597188846_PengarahBahagianPe.jpg)
Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM
Suspek keempat itu merupakan anggota penguatkuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.
![Lindungi premis tanpa lesen: Tiga penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah ribuan ringgit Lindungi premis tanpa lesen: Tiga penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah ribuan ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597192335_MenaraSPRM.jpg)
Lindungi premis tanpa lesen: Tiga penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah ribuan ringgit
Hasil siasatan awal SPRM mendapati penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara ratusan hingga ribuan ringgit sebulan, bagi sebuah premis perniagaan.
![MBSA dah banyak kali ambil tindakan - Penduduk MBSA dah banyak kali ambil tindakan - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597053040_kedairoboh.jpg)
MBSA dah banyak kali ambil tindakan - Penduduk
MBSA sudah banyak kali mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing yang berniaga di Bandar Baru Sungai Buloh.
![Ini barulah 'Masyarakat dan Polis Berpisah Tiada' Ini barulah 'Masyarakat dan Polis Berpisah Tiada'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597057341_AsriPengasasHotB.jpg)
Ini barulah 'Masyarakat dan Polis Berpisah Tiada'
Tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bertemu dengan Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali Asri Janggut mendapat respons positif daripada warganet yang memuji pendekatan Abdul Hamid.
![Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597053040_kedairoboh.jpg)
Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan
Tiada lagi kelibat peniaga warga asing berniaga di tepi jalan malah kedai menjual buah dan rokok seludup didakwa milik peniaga asing juga sudah dirobohkan.