KUALA LUMPUR : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut Kerajaan India membuat permohonan maaf secara rasmi kepada umat Islam seluruh dunia susulan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, langkah itu penting memandangkan ia bukan kesalahan dilakukan seorang individu, tetapi kenyataan dibuat hasil kesepakatan ideologi daripada parti yang dipegang pemerintah.
"Kita mengalu-alukan tindakan Malaysia, walaupun agak sedikit lewat. Tetapi, sekurangnya ada tindakan Malaysia ke atas apa yang berlaku apabila kenyataan rasmi dikeluarkan dan memanggil kedutaan India memberi penjelasan.
"Namun, (desakan) bagi kita ialah permohonan maaf secara rasmi oleh pihak kerajaan India. Ia bukan kesalahan individu tetapi ia adalah daripada kesepakatan ideologi parti hindu yang ekstreme, yang dipegang oleh parti pemerintah India.
"Kalau mereka tidak menyatakan permohonan maaf, bermaksud mereka memberi legitimasi menolak agama lain daripada terus subur di bumi India," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Beliau juga melihat tindakan boikot boleh dilakukan ke atas negara itu melalui rangka kerja dan dapatan data.
BACA: Malaysia kutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad
"Kita tidak boleh memandang rendah kekuatan perbuatan boikot kerana perjuangan menentang Aparthied di Afrika Selatan berjaya atas sebab boikot apabila dunia memboikot produk mereka.
"Begitu juga elemen boikot yang pernah dibuat ke atas Israel agar diberikan pengajaran supaya tidak menekan Palestin," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Fri Jun 10 2022
![Hina Nabi Muhammad: ABIM tuntut kerajaan India mohon maaf secara rasmi Hina Nabi Muhammad: ABIM tuntut kerajaan India mohon maaf secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603003217_TBMuhammadFaisal.jpg)
Muhammad Faisal berkata, langkah itu penting memandangkan ia bukan kesalahan dilakukan seorang individu, tetapi kenyataan dibuat hasil kesepakatan ideologi daripada parti yang dipegang pemerintah. - Gambar fail/Sinar Harian
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719927135_MohdFaridhHafezMh.jpg)
Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.
![Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715932271_TBAbim.jpg)
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
![Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713241548_TBABIMjpg.jpg)
Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.
![KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711035149_FadhlinaSidek.jpg)
KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
![Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698293798_UNSC.jpg)
Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata dan pembebasan tahanan mesti dilihat dalam dimensi yang menyeluruh.
![Sekat segera ajaran The Ahmadi Sekat segera ajaran The Ahmadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709943015_theahmadi.jpg)
Sekat segera ajaran The Ahmadi
Tindakan itu perlu dilakukan bagi mengekang ajaran The Ahmadi terus tersebar terutamanya kepada golongan muda.
![ABIM puji keputusan ICJ berhubung isu genosid di Gaza, gesa gencatan senjata ABIM puji keputusan ICJ berhubung isu genosid di Gaza, gesa gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706305628_TBICJ.jpg)
ABIM puji keputusan ICJ berhubung isu genosid di Gaza, gesa gencatan senjata
Ahmad Fahmi berkata tindakan tegas itu mencerminkan komitmen majoriti warga dunia terhadap keadilan, hak asasi manusia dan kemanusiaan.
![ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706141498_ABIM.jpg)
ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan
ABIM bersama 58 NGO serah memorandum 'Rakyat Mahu Kerajaan Stabil' kepada Perdana Menteri.
![Ahmad Fahmi dilantik Presiden ABIM yang baharu Ahmad Fahmi dilantik Presiden ABIM yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702295131_TBAbim.jpg)
Ahmad Fahmi dilantik Presiden ABIM yang baharu
ABIM mengumumkan perubahan kepimpinan baharu dengan pelantikan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin sebagai Presiden untuk sesi 2023-2025.
![Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM Anwar Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702181655_TBKPIM.jpg)
Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM Anwar
Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat, kata Perdana Menteri.