KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor dalam saman yang difailkan syarikat itu bagi mendapatkan kembali 43 barang kemas bernilai RM67.4 juta.
Peguam Rajivan Nambiar, yang mewakili Rosmah sebagai defendan, berkata Hakim Ong Chee Kwan menolak permohonan Global Royalty dengan kos sebanyak RM7,500.
"Mahkamah memutuskan bahawa ini bukan kes yang sesuai dan wajar untuk membuat penghakiman terus kerana terdapat isu yang perlu dibangkitkan semasa perbicaraan," katanya ketika dihubungi selepas prosiding yang dijalankan secara dalam talian.
Penghakiman terus adalah permohonan yang difailkan pihak yang membuat tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan penghakiman tanpa melalui perbicaraan apabila isu berhubung fakta dalam kes terbabit atau undang-undang tidak dipertikaikan.
Rajivan berkata mahkamah juga membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu untuk jaminan kos terhadap Royalty Global dengan kos RM5,000.
"Jaminan untuk kos ditetapkan pada RM75,000 dengan kebebasan untuk memohon untuk mengubah jumlah sebelum perbicaraan sebaik sahaja pihak bertukar dokumen atau sekiranya pakar akan dipanggil.
"Kos RM75,000 perlu dibayar oleh Global Royalty kepada mahkamah dalam tempoh sebulan dari hari ini," kata Rajivan, yang dibantu peguam Mohd Reza Rahim.
Rajivan berkata permohonan Rosmah untuk prosiding pihak ketiga terhadap polis dan kerajaan Malaysia telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 14 Dis.
Sementara itu, Datuk David Gurupatham yang mewakili Global Royalty sebagai plaintif mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.
Pada 29 Mac lepas, Global Royalty menyaman Rosmah, 71, dan mendakwa wanita itu telah berbohong dengan menyatakan bahawa 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan oleh seorang ejen syarikat itu kepadanya telah dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia untuk kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Menurut syarikat yang berpangkalan di Beirut itu, ini kerana hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan dan kawalan pihak polis, dan baki 43 barang kemas milik plaintif tidak berada dalam simpanan pihak berkuasa itu.
Global Royalty juga mendakwa Rosmah mengalihkan beban kepada Kerajaan Malaysia, sedangkan barang kemas itu sebenarnya telah hilang.
Pada 26 Jun 2018, Global Royalty menyaman Rosmah dan menuntutnya memulangkan kembali 44 unit barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta, namun saman itu ditarik balik pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Permohonan Rosmah untuk prosiding pihak ketiga terhadap polis dan kerajaan Malaysia telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 14 Dis. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.
Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.
Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.
Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.