KUALA LUMPUR:Rancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengindahkan semula tapak kondominium Highland Towers dan menjadikannya sebagai tapak bersejarah, dilihat dapat mengubah stigma masyarakat yang menyifatkan kawasan itu sebagai kawasan menakutkan.
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay/Hill View Datuk Siti Hendon Chek berkata pihaknya mengalu-alukan rancangan tersebut, memandangkan kawasan dengan bangunan terbiar selama 27 tahun itu sebelum ini menjadi sarang penagih dadah, serta mengundang masalah sosial setempat.
"Jika sebelum ini kami hidup dalam keadaan kurang selesa, sekurang-kurangnya dengan berita (rancangan) ini, kami mampu menarik nafas lega sekiranya struktur bangunan itu diroboh dan dijadikan kawasan yang indah.
"Justeru, kami minta pihak lain tidak memperbesar perkara ini dan kerja-kerja meroboh bangunan dilakukan secepat mungkin, supaya kerja-kerja pengindahan kawasan dapat dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Baru-baru ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilaporkan sebagai berkata, KPKT merancang untuk memberi nafas baharu di kawasan di Highland Towers dengan mengindahkan kawasan itu, sekali gus menjamin kesejahteraan penduduk sekitar kawasan itu.
Tragedi Highland Towers pada 11 Dis 1993 menggemparkan negara, apabila satu daripada tiga blok kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh, dan meragut 48 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 13 2020
![Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/71576338488_HighlandTowers.jpg)
Tragedi Highland Towers pada 11 Dis 1993 menggemparkan negara, apabila satu daripada tiga blok kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh, dan meragut 48 nyawa. - Gambar fail
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai - ADUN Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai - ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709463821_RobohHighlandTower.jpg)
Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai - ADUN
MPAJ telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.
![Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/71576338488_HighlandTowers.jpg)
Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay/Hill View mengalu-alukan rancangan tersebut.
![KPKT rancang bina tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers KPKT rancang bina tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607614821_ZuraidaKamaruddin.jpg)
KPKT rancang bina tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat membangunkan tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers yang terbiar sejak 27 tahun lalu.
![Kerajaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Tower untuk dibangunkan semula Kerajaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Tower untuk dibangunkan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576338488_HighlandTowers.jpg)
Kerajaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Tower untuk dibangunkan semula
Menteri Besar Selangor memberitahu ada menerima surat daripada KPKT mengenai isu pembangunan semula Highland Towers pada bulan lepas.
![KPKT harap proses pengambilan tanah Highland Towers dipercepat KPKT harap proses pengambilan tanah Highland Towers dipercepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540201039_TBHIGLANDTOWER.jpg)
KPKT harap proses pengambilan tanah Highland Towers dipercepat
Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin berkata proses libat urus bersama semua pihak berkepentingan sudah selesai namun ada sebahagian penduduk yang tidak sempat menyatakan persetujuan secara rasmi.
![Highland Towers dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini - Zuraida Highland Towers dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540201039_TBHIGLANDTOWER.jpg)
Highland Towers dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini - Zuraida
Pihak pemaju Highland Towers juga telah menyuarakan hasrat untuk menyalurkan dana berjumlah RM2 juta bagi membiayai kerja perobohan tersebut.
![Kawasan Highland Towers perlu lebih kajian sebelum dibangun semula Kawasan Highland Towers perlu lebih kajian sebelum dibangun semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540201039_TBHIGLANDTOWER.jpg)
Kawasan Highland Towers perlu lebih kajian sebelum dibangun semula
Lebih pemantauan terperinci diperlukan sebelum kawasan runtuhan Highland Towers yang terbengkalai sejak 25 tahun lalu, boleh dibangunkan semula.
![Menanti 'penghujung nyawa' Highland Towers Menanti 'penghujung nyawa' Highland Towers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61536924431_highlandtower.jpg)
Menanti 'penghujung nyawa' Highland Towers
Kenyataan Zuraida Kamaruddin yang mahu 'membersihkan' Highland Towers dilihat satu langkah terbaik dalam memberi wajah baru lokasi itu terutama kepada penduduk di Ampang
![Kerja perobohan kondominium Highland Towers bulan depan Kerja perobohan kondominium Highland Towers bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461375735_highlandtower.jpg)
Kerja perobohan kondominium Highland Towers bulan depan
Jawatankuasa telah pun mengenal pasti kesemua pemilik unit kondominium berkenaan, dan langkah seterusnya ialah berkaitan hal insolvensi.
!['Usir warga asing dari rumah PPR, atau...' 'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527073108_ZuraidaKamaruddin.jpg)
'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...'
Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin memberi pemilik rumah PPR tiga bulan dari hari ini untuk mengosongkan rumah mereka daripada penyewa warga asing.