Pasukan Hifi mahu memastikan trofi Cabaran Piala Perdana Menteri berada dalam genggaman apabila memulakan saingan dua perlumbaan terakhir pada edisi ke-11 Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2013 di sini, esok.
Selepas lapan perlumbaan, pasukan Hong Kong itu menungguli carta kedudukan keseluruhan dengan 12 mata penalti, jauh meninggalkan pasukan senegara Jelik di tangga kedua dengan 24 mata.
Pada tiga perlumbaan hari ini, Hifi, yang dikemudikan oleh pelayar berpengalaman, Neil Pryde, muncul naib juara perlumbaan keenam, tempat ketiga pada perlumbaan ketujuh sebelum bangkit mengungguli perlumbaan kelapan.
Berikutan lima kemenangan daripada lapan perlumbaan, kedudukan HiFI sukar digugat oleh enam lagi pasukan dalam acara Racing itu dengan tumpuan kini terarah kepada perebutan tempat kedua.
Jelik, yang diketuai jurumudi Frank Pong, berjaya mencapai kemenangan pertama apabila menguasai perlumbaan keenam dan kini ketinggalan satu mata penalti daripada pencabar terdekat, Walawala 2 dari Singapura.
Walawala 2, yang dipimpin oleh pelayar Steve Manning, turut mencapai kemenangan sulung pada perlumbaan ketujuh dan peluang untuk muncul naib juara masih terbuka.
Dua wakil negara, pasukan Uranus dan Utarid masing-masing berada di tangga keempat dan kelima dengan mengumpul 32 dan 35 mata penalti.
Dalam pada itu, pasukan Jelik tetap optimis untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara meskipun Pong terpaksa pulang ke Hong Kong hari ini kerana urusan kecemasan melibatkan ahli keluarganya.
Pong berkata beliau yakin pasukannya yang diterajui jurumudi kedua, Louis Perfectua, mampu mempamerkan persembahan terbaik seperti yang ditunjukkan pada perlumbaan pusingan keenam tadi.
"Jelik tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana pasukan untuk memintas kedudukan kami. Saya yakin dengan kemampuan semua krew dan berharap nasib akan menyebelahi kami esok" katanya.
Sementara itu, jurumudi Walawala 2, Manning berkata, sasaran pasukannya adalah untuk mengatasi Jelik bagi meraih gelaran naib juara.
Jurumudi Uranus, Mohamad Razali Mansor pula berkata, dia tidak berpuas hati kerana pungutan mata semakin jarak dengan Walawala 2 apabila menamatkan saingan hari ini masing-masing di posisi keenam, kedua dan keempat.
Kedudukan keseluruhan selepas 8 perlumbaan
1. Hifi (HK) - Neil Pryde - 12 mata penalti
2. Jelik (HK) - FRank Pong - 24
3. Walawala 2 (SIN) - Steve Manning - 25
4. Uranus (MAS) - Mohamad Razali Mansor - 32
5. Utarid (MAS) - Ishak Jab - 35
6. Katsu (AUS) - Ben Copley - 42
7. Baby Tonga (AUS) - Peter Sorensen - 54 mata
Bernama
Fri Jan 11 2013
![SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF
Kerajaan masih belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST dan ia akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian.
AWANI Ringkas: Pupuk minat murid dalam bidang STEM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721276188_SampelDNAsepadan.jpg)
Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada keluarga hari ini.
Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM
Prevalen obesiti dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun juga telah meningkat daripada empat peratus pada 2015, 5.6 peratus pada 2019 dan 6.0 peratus pada 2022.
Penyalahgunaan bahan remaja Kelantan sangat menakutkan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata gejala penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja Kelantan sangat menakutkan di mana umur 13 hingga 19 tahun sehingga 65 peratus.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
9,146 syarikat dapat pensijilan halal Jakim sehingga Julai 2024
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehingga Julai 2024, sebanyak 9,146 syarikat dapat pensijilan halal Jakim dan daripada jumlah itu 8,105 merupakan PMKS.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
!['Lima hari hilang, Muffin akhirnya balik rumah' - Rafizi 'Lima hari hilang, Muffin akhirnya balik rumah' - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721274841_tbRafiziRamli.jpg)
'Lima hari hilang, Muffin akhirnya balik rumah' - Rafizi
Kucing kesayangan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah kembali semula ke rumahnya di Presint 10 di sini pada pagi Khamis selepas lima hari hilang.
![Dokumentari khas 'Di Sebalik Mahkota' sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Dokumentari khas 'Di Sebalik Mahkota' sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721274973_tbYDPASultanJohor.jpg)
Dokumentari khas 'Di Sebalik Mahkota' sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dokumentari yang menyajikan naratif lebih dekat mengenai keperibadian Sultan Ibrahim akan disiarkan di saluran Astro 502.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya berikutan sentimen dagangan yang berhati-hati susulan prestasi Wall Street semalaman.
![Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721270085_tbDutaFilipinaMal.jpg)
Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian
Mohamad Sabu berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce.
Hifi berada diambang kejayaan RLIR 2013
Pasukan Hifi mahu memastikan trofi Cabaran Piala Perdana Menteri berada dalam genggaman apabila memulakan saingan dua perlumbaan terakhir pada edisi ke-11 Regata Antarabangsa Diraja Langkawi.