KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memaklumkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika ini mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Sehubungan itu, Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata kerajaan masih belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST dan ia akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian terutama mengambil kira aspek kesan inflasi daripada rasionalisasi subsidi.
"Kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai sedia ada dan memperkenalkan percukaian yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai kepenggunaan baharu seperti GST.
"Justeru, sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan seperti melaksanakan semula GST akan diteliti untuk memastikan ia bersifat progresif, mudah ditadbir, tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi serta pada masa yang sama dapat menjana hasil yang memapan kepada kerajaan," katanya pada sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab pertanyaan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang mahu tahu adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan semula GST, iaitu sistem cukai yang disifatkan lebih baik berbanding SST.
Kamal turut bertanyakan apakah usaha kerajaan dalam mempertingkatkan hasil, selain melalui pungutan cukai dan pelaksanaan subsidi bersasar.
Mengulas lanjut, Hui Ying berkata bagi tahun 2023, kutipan cukai menyumbang sekitar RM229 bilion atau 72.8 peratus daripada hasil kerajaan sebanyak RM315 bilion.
Katanya lagi, pemberian subsidi, insentif dan bantuan kerajaan pula adalah sekitar RM80 bilion atau 19.7 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM406 bilion.
"Ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua komponen ini mempunyai hubung kait yang signifikan dengan kedudukan fiskal negara.
"Oleh yang demikian, adalah wajar perubahan dasar fiskal Malaysia memberi tumpuan kepada kedua-dua ini terlebih dahulu bagi mengambil peluang akan kedudukan fiskal negara yang stabil pada masa ini," ujarnya.
Kementerian Kewangan pada 10 Julai lalu dilaporkan berkata, selepas GST diperkenalkan pada April 2015, kutipan GST adalah sebanyak RM37.7 billion bagi tahun 2015; RM55.7 bilion (2016); RM60.5 bilion (2017); dan RM30.9 bilion (2018), iaitu sehingga Mei 2018 sahaja.
Selain itu, selepas SST dilaksanakan semula, kutipan SST adalah sebanyak RM5.4 bilion bagi tahun 2018, iaitu dari September 2018 hingga Disember 2018; RM27.6 bilion (2019), RM25.2 bilion (2020); RM25.5 bilion (2021); RM31.3 bilion (2022); dan RM35.4 bilion (2023).
Hasimi Muhamad
Thu Jul 18 2024
Hui Ying juga berkata bagi tahun 2023, kutipan cukai menyumbang sekitar RM229 bilion atau 72.8 peratus daripada hasil kerajaan sebanyak RM315 bilion - Foto fail/BERNAMA
Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan
Seorang anggota JPJ tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan DNA sepadan dengan Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan mencabul kehormatan seorang pekerja spa Ahad lalu.
Saya tidak pernah arah agensi media tutup ruangan komen - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana agensi media menutup ruangan komen di akaun media sosial.
Hang-seo sesuai ganti Pan-gon
Park Hang-seo dilihat sebagai calon tepat yang memiliki aura selain telah membuktikan kemampuan membawa bekas pasukannya ke tahap yang lebih baik.
Bila 'you' hina pegawai kerajaan, 'that's too much' - Speaker
"Saya duduk di sini bukan sebagai Johari Abdul tetapi sebagai Speaker," kata Speaker Dewan Rakyat.
"Bila 'you' hina pegawai kerajaan, 'that's too much'," katanya lagi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Bila 'you' hina pegawai kerajaan, 'that's too much'," katanya lagi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
'Bila duduk kerusi Speaker sana kena buka baju Politik' - YB Beluran
Ketika kemuka Peraturan Mesyuarat sebelum usul dibentang, YB Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee minta Speaker Dewan Rakyat nilai teliti.
"Tan Sri adalah Speaker yang adil. Apabila duduk sana Tan Sri kena buka baju politik Tan Sri," katanya.
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
"Tan Sri adalah Speaker yang adil. Apabila duduk sana Tan Sri kena buka baju politik Tan Sri," katanya.
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
Tercampak 3 meter ke dalam parit dipukul ribut
Seorang peniaga berdepan detik cemas apabila tercampak ke dalam parit sedalam tiga meter akibat dipukul ribut dalam kejadian di kawasan rekreasi Pantai Pulau Kekabu, di sini petang Rabu.
Menangi baucar beli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Pengurus Besar Perkhidmatan Komersial untuk Lapangan Terbang Malaysia, Hani Ezra Hussin berkata, jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.
SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF
Kerajaan masih belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST dan ia akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian.
GST langkah hadapan yang baik, perlu untuk jangka masa panjang - Nazir Razak
GST pertama kali dilaksanakan pada April 2015 dengan kadar enam peratus ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN).