AYER KEROH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul dan menekan muka isterinya dengan penumbuk sehingga cedera, pada tahun lalu.
Tertuduh, Jason Pereira, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya yang berusia 48 tahun dengan cara mencengkam bahagian muka dan menekan penumbuk di mulut mangsa.
Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan mangsa membabitkan masalah wang.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 8.40 malam di sebuah rumah di Kampung Portugis, Ujong Pasir dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Januari 2022 lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut didakwa atas satu lagi pertuduhan melakukan khianat terhadap kerusi kayu sehingga patah dengan niat untuk menyebabkan kerosakan kepada harta bernilai RM50 pada waktu, tempat dan tarikh yang sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan, J. Banusha mencadangkan jaminan RM15,000 beserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati atau menganggu mangsa yang juga saksi pendakwaan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai nelayan dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Selepas mendengar hujahan kedua pihak, Mazana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 13 Febuari ini bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jan 05 2023

Mengikut pertuduhan, tertuduh (tengah) didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya yang berusia 48 tahun dengan cara mencengkam bahagian muka dan menekan penumbuk di mulut mangsa. - Foto Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'Henyak' muka isteri, lelaki dihadapkan ke mahkamah
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul dan menekan muka isterinya dengan penumbuk sehingga cedera, pada tahun lalu.