Sudah hampir sebulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berlalu dan dunia menerima keputusan rakyat memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memimpin negara, maka anggota penjawat awam mempunyai tanggungjawab besar untuk bersama-sama menunaikan amanah rakyat itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata penjawat awam harus mula mengorak langkah membina kesejahteraan dan membantu memajukan negara melalui usaha perubahan yang diinginkan rakyat daripada kerajaan.
Penjawat awam tidak mampu menoleh ke belakang, membuang masa dengan 'politiking berlebihan', kerana ia akan hanya mengalih tumpuan daripada usaha yang lebih besar, iaitu untuk menunaikan amanah yang diberikan rakyat pada PRU13, katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri selepas PRU13, di Dataran Perdana di sini hari ini.
Najib berkata dunia telah menerima keputusan rakyat Malaysia pada PRU13 yang memberikan mandat kepada BN untuk memimpin negara berdasarkan ucapan tahniah yang diterimanya daripada ramai pemimpin dunia.
"Kini sebagai sebuah negara, mari kita perlihatkan bahawa kita pengamal demokrasi matang, bukan saja akui kita menerima proses demokrasi ini, tapi yang penting selepas selesai pilihan raya, kita tunjukkan bahawa kita ialah penerima demokrasi parlimen yang cukup matang," katanya.
"Sebagai sebuah kerajaan, kita akan teruskan usaha membawa perubahan dan transformasi, kerana rakyat sudah menunjukkan bahawa mereka mahukan perubahan, dan ia boleh dilakukan tanpa menukar kerajaan," tambahnya.
Najib berkata jika ada kelemahan yang dikesan sebelum ini, ia mungkin berkisar kepada jentera kerajaan yang kelihatan 'tidak berapa cekap' dalam menangani 'perang persepsi'.
"Ini yang mungkin kita boleh perbaiki, bagaimana kita harus menangani perang persepsi - bukan realiti tapi persepsi. Persepsi boleh dibentuk dengan pelbagai cara, bukan saja dengan cara bersemuka (face to face) tapi kini sudah ada Facebook (untuk membentuk persepsi).
"Ini perlu kita beri perhatian, mungkin kita kurang tajam dalam perkara ini, tapi kita boleh rancang dan dengan menggunakan pengalaman kita, supaya di masa akan datang kita akan lebih lebih berjaya untuk memaparkan apa yang sebenarnya - bukan persepsi tapi realiti," katanya.
Merujuk kepada PRU13, Najib berkata kerajaan berusaha melakukan yang terbaik mengikut undang-undang negara dan menampilkan banyak penambahbaikan untuk menjadikan ia lebih telus, termasuk menerima cadangan daripada parti-parti pembangkang.
"Namun masih ada pihak yang hendak pertikai keputusan pilihan raya, sebenarnya kalau kita ketahui prosesnya, hampir mustahil sekali untuk sesiapa jua melakukan penipuan besar-besaran," katanya.
Perdana menteri berkata ada sesetengah tuduhan yang dilemparkan terhadap PRU13, yang didapati langsung tidak masuk akal, seperti tuduhan kononnya BN membawa sehingga 40,000 'pengundi hantu' warga Bangladesh untuk memastikan kemenangan.
Beliau berkata tuduhan-tuduhan seumpama itu dibangkitkan berbulan-bulan lamanya sebelum pilihan raya, sehingga menimbulkan rasa 'paranoid' dalam kalangan yang mempercayainya.
Sehinggakan ada warga tempatan yang diserang semata-mata kerana rupanya mirip warga Bangladesh, kononnya bagi menghalang pengundi hantu, jelas beliau.
"Ini tidak adil bagi mereka yang berkulit hitam manis yang dituduh sebagai bukan warga tempatan.
Kita mungkin boleh gelak ketawa selepas pilihan raya, tapi pada waktu itu (PRU13) ramai terpedaya dengan cerita pengundi hantu yang direka dengan sengaja ini, semata-mata untuk pertikai kredibiliti proses pilihan raya kita yang begitu telus," katanya.
Bernama
Mon Jun 03 2013
![Hentikan 'politiking berlebihan', masa tunai amanah rakyat - Najib Hentikan 'politiking berlebihan', masa tunai amanah rakyat - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81370237066_295x200.jpg)
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![1.2 juta penjawat awam telah daftar PADU - Ketua Perangkawan 1.2 juta penjawat awam telah daftar PADU - Ketua Perangkawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706075111_PADU.jpg)
1.2 juta penjawat awam telah daftar PADU - Ketua Perangkawan
Sebanyak 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat hari ini.
![Peningkatan peruntukan PHEKS bantu kesatuan laksana aktiviti - Cuepacs Peningkatan peruntukan PHEKS bantu kesatuan laksana aktiviti - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690887951_tbAdnanMat.jpg)
Peningkatan peruntukan PHEKS bantu kesatuan laksana aktiviti - Cuepacs
Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) yang dinaikkan kepada RM5.8 juta tahun ini akan memberikan kesan positif kepada kesatuan sekerja di Malaysia.
![Kakitangan awam negeri Kedah terima bantuan khas RM400 Kakitangan awam negeri Kedah terima bantuan khas RM400](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691759892_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Kakitangan awam negeri Kedah terima bantuan khas RM400
Kerajaan negeri Kedah hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.
![Jangan pandang enteng keamanan dan kestabilan dikecapi negara Jangan pandang enteng keamanan dan kestabilan dikecapi negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690897040_MohamadHasan.jpg)
Jangan pandang enteng keamanan dan kestabilan dikecapi negara
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata semangat dan kerjasama sedia ada dalam kalangan rakyat merupakan benteng kukuh yang akan terus memelihara Malaysia daripada sebarang ancaman.
![DAP tidak berhasrat untuk mengurangkan kakitangan awam atas dasar kaum - Aziz Bari DAP tidak berhasrat untuk mengurangkan kakitangan awam atas dasar kaum - Aziz Bari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650817008_DrAbdulAzizBari.jpg)
DAP tidak berhasrat untuk mengurangkan kakitangan awam atas dasar kaum - Aziz Bari
DAP menegaskan bahawa parti tidak ada hasrat atau dasar untuk mengurangkan kakitangan awam, apalagi di atas asas dan perkiraan kaum.
![Soleh, si kucing dilantik sebagai penjawat awam Soleh, si kucing dilantik sebagai penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669482464_TBSOLEHKUCING.jpg)
Soleh, si kucing dilantik sebagai penjawat awam
Seekor kucing 'dilantik' sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cukai atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia.
![Bajet 2023: Laksanakan inisiatif ikut tempoh ditetapkan - Cuepacs Bajet 2023: Laksanakan inisiatif ikut tempoh ditetapkan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650208335_AdnanMat.jpg)
Bajet 2023: Laksanakan inisiatif ikut tempoh ditetapkan - Cuepacs
Cuepacs berharap kerajaan dapat menyalurkan segala inisiatif yang diumumkan melalui Bajet 2023 mengikut tempoh masa yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan serta proses birokrasi.
![Mekanisme semak imbang, aktiviti audit tutup peluang rasuah Mekanisme semak imbang, aktiviti audit tutup peluang rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/61586594549_COVID.jpg)
Mekanisme semak imbang, aktiviti audit tutup peluang rasuah
Tindakan tersebut bertujuan memastikan kebajikan rakyat dijaga, terutamanya kakitangan awam.
![Kakitangan awam terjejas banjir diberi cuti kecemasan, majikan swasta digalak ikut serta - PM Kakitangan awam terjejas banjir diberi cuti kecemasan, majikan swasta digalak ikut serta - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639900047_KampungJalanKebun.jpg)
Kakitangan awam terjejas banjir diberi cuti kecemasan, majikan swasta digalak ikut serta - PM
Kerajaan memahami kesulitan yang dialami kakitangan awam disebabkan bencana alam itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
![Kerajaan galak pegawai perkhidmatan awam pakai batik setiap Khamis Kerajaan galak pegawai perkhidmatan awam pakai batik setiap Khamis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638378600_BatikMalaysia.jpg)
Kerajaan galak pegawai perkhidmatan awam pakai batik setiap Khamis
Kerajaan menggalakkan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan memakai pakaian batik Malaysia sebagai pakaian bekerja pada setiap Khamis.