KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menghentikan polemik perkauman kerana semua rakyat dijamin hak sama rata dan keadilan.
Merujuk modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilancarkan Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas, Anwar berkata ia hanya disasarkan kepada murid beragama Islam dan tiada paksaan bagi bukan Islam untuk mempelajarinya.
"Mata pelajaran ini untuk anak-anak Islam dalam Pendidikan Islam. Tanyalah dulu, jangan marah dulu.
"Kalau hari ini saya datang ke Little India, pelampau-pelampau ini akan kata Anwar jaga India saja.
"Bila soal Melayu, termasuk teks anak-anak Islam baca hadis, kata Anwar ni jaga Islam saja. Semua tak kena," kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D'Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan, hari ini yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami.
Anwar berkata adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin untuk memastikan Islam dihayati dan difahami dengan betul.
Modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk memupuk semangat kasih sayang, selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.
Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
Sebelum ini, terdapat beberapa pertikaian mengenai pelaksanaan modul itu antaranya daripada Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois yang membantah perkara itu dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta hak kebebasan beragama.
Bagaimanapun Kementerian Pendidikan menjelaskan modul itu hanya diajar kepada murid beragama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Anwar (kanan) bersama V. Sivakumar (kiri) pada Majlis Pelancaran Program Lestari Niaga @ Kuala Lumpur DMedan Selera MADANI di Kompleks Tun Sambanthan hari ini. --fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.