PERSATUAN Kebajikan Nelayan Bayan Lepas Pulau Pinang menggesa pihak pembangkang supaya tidak mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI).
Setiausahanya, Fajinah Jaafar berkata, ini kerana projek berkenaan sekali lagi mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) selepas penelitian dilakukan oleh pegawai-pegawai agensi terlibat.
“Sesungguhnya, kebenaran sentiasa berpihak kepada mereka yang benar. Sudah bertahun-tahun kami menunggu projek ini berjalan walaupun ditempuhi pelbagai dugaan.
"Namun akhirnya dapat tidur dengan lena apabila mendengar pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow semalam (Rabu).
“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar dan pihak kerajaan negeri yang serius dalam mempertimbangkan serta mementingkan kebajikan nelayan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, Fajinah turut menyangkal dakwaan Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) menyatakan bahawa 6,000 ahli persatuan membantah projek berkenaan kerana sehingga hari ini, mereka tidak mampu menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.
“Sebagai rakyat Pulau Pinang, kami berhak menyuarakan pendapat kami dan memilih yang terbaik untuk anak-anak dan cucu-cicit kerana percaya mereka bakal menerima manfaat dan peluang pekerjaan daripada projek ini,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 28 2023
![Henti pertikai projek tambak laut di Pulau Pinang Henti pertikai projek tambak laut di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682643523_projektambaklaut.jpg)
Projek Pulau Selatan Pulau Pinang. - Foto Sinar Harian
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Henti pertikai projek tambak laut di Pulau Pinang Henti pertikai projek tambak laut di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682643523_projektambaklaut.jpg)
Henti pertikai projek tambak laut di Pulau Pinang
Projek berkenaan mendapat kelulusan EIA selepas penelitian dilakukan oleh pegawai-pegawai agensi terlibat.
![SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682508893_MageswaridanZakari.jpg)
SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS
JAS pusat juga diminta untuk menjelaskan alasan dan sebab mengapa Laporan EIA projek tambakan laut tersebut telah diluluskan.
![Projek PSI tidak akan musnahkan mata pencarian nelayan - PIC Projek PSI tidak akan musnahkan mata pencarian nelayan - PIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674892202_penangsouthisland.jpg)
Projek PSI tidak akan musnahkan mata pencarian nelayan - PIC
PIC berkata kerja-kerja penambakan yang dicadangkan tidak akan menghalang nelayan daripada turun ke laut.