KUALA LUMPUR:Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap semua ahli politik tanpa mengira ideologi memberi fokus kepada usaha membantu kerajaan dan penjawat awam dalam menangani penularan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata ahli politik perlu mengetepikan perbezaan ideologi dan perbalahan mereka buat sementara waktu bagi menjayakan usaha kerajaan dan penjawat awam mencegah penularan COVID-19 serta melaksanakan pelbagai agenda program memulihkan ekonomi negara.
"Ahli politik boleh duduk berbincang sesama sendiri tentang cara terbaik untuk membantu rakyat yang kini semakin tertekan dengan situasi semasa politik dan peningkatan kes COVID-19 yang dicatatkan setiap hari.
"Sekiranya negara terus terjerumus dengan pertikaian politik yang tidak berkesudahan, usaha untuk mencegah penularan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara ini tidak akan dapat dilaksanakan," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Malah, Adnan juga bimbang jika perkara itu berterusan, motivasi kerja penjawat awam terutama petugas barisan hadapan akan luntur kerana merasakan terpaksa melakukan kerja-kerja yang tiada berkesudahan tanpa sokongan daripada semua pihak.
Sementara itu, beliau turut menasihati penjawat awam agar tidak terlibat dalam pergelutan politik ketika ini dan menetapkan fokus sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
"Walau apa jua tekanan dan cabaran yang dihadapi ketika ini, Cuepacs yakin penjawat awam mampu melaksanakan tanggungjawab masing-masing tanpa dipengaruhi oleh kemelut politik ketika ini," katanya.
Dalam kenyataan itu Adnan turut menjunjung kasih atas pertimbangan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam membuat keputusan penting berkaitan kesejahteraan dan keamanan negara.
Semalam, Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk isytihar darurat di negara ini, setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.
Seri Paduka merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak COVID-19 ini dengan baik dan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 26 2020

Adnan berkata ahli politik perlu mengetepikan perbezaan ideologi dan perbalahan mereka buat sementara waktu. - Bernama

BNM pastikan kestabilan monetari kekal teguh dalam mendepani cabaran global
Inflasi dijangka terkawal pada 2025, dengan permintaan dalam negeri menjadi penampan terhadap kejutan luaran.
Maybank, TikTok Shop meterai MOU pacu pendigitalan PKS ASEAN
Program ini bermatlamat untuk membantu PKS mengguna pakai perdagangan digital dan mengembangkan perniagaan mereka.

Polis serah tiga kertas siasatan kes doktor forensik tak senonoh
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis kini sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak TPR untuk tindakan selanjutnya.
Indonesia sasar tingkatkan pembiayaan penyelidikan universiti
Usaha Indonesia itu menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kolektif untuk mengubah universiti menjadi hab inovasi dan pembangunan bakat.
57 wilayah Thailand diselebungi jerebu
Bandar Bangkok termasuk 57 daripada 76 wilayah di negara itu diselubungi jerebu dengan tahap merah PM2.5 pada Isnin.

“Selamat Hari Raya” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam rakam keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 3.05 petang selepas memberi keterangan selama kira-kira lima jam pada Isnin.
[TERKINI] Suspek samun kedai emas disahkan anggota polis bantuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penjenayah yang disyaki melakukan samun di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, adalah seorang anggota polis bantuan.

Kanak-kanak maut, dua kereta bertembung
Kemalangan berlaku ketika keluarga mangsa cuba memotong kenderaan lain tetapi bertembung dengan sebuah Honda dari arah bertentangan.

Ancaman siber: Kementerian Pertahanan teliti keperluan wujud angkatan siber khusus
Dalam usaha mempercepat pemodenan ketenteraan bagi menghadapi ancaman tidak dijangka, Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan mewujudkan angkatan siber khusus.
Lebih 140,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan sehari menjelang cuti Sambutan Aidilfitri minggu depan.

Cuepacs gesa kerajaan perluas pemberian one-off RM500
Adnan berkata, jumlah 100,000 petugas KKM yang dimaklumkan dalam Belanjawan 2021, tidak meliputi kesemua petugas barisan hadapan di kementerian terbabit.

Belanjawan 2021: Kerajaan utamakan perkhidmatan awam - CUEPACS
Adnan berkata, keutamaan kerajaan, meliputi aspek pemerkasaan sistem perkhidmatan dan hal-hal kebajikan penjawat awam, menunjukkan kerajaan mempertimbangkan cadangan CUEPACS sebelum ini.

Cuepacs gesa kerajaan segera laksana SSM baharu
Cuepacs menggesa kerajaan mempercepat pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu berikutan sistem saraan masa kini telah digunakan sejak 18 tahun lepas.

Naikkan elaun COLA bagi penjawat awam Gred 41 ke atas - Cuepacs
Tambahan jumlah yang sama juga harus diberikan kepada penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang mendapat Elaun Wilayah.

Cadangan potong gaji penjawat awam tidak sesuai ketika ini - Cuepacs
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak secara total berhubung cadangan untuk memotong gaji penjawat awam di negara ini.

PKP: Bersediakah penjawat awam bekerja secara dalam talian?
Adakah penjawat awam bersedia untuk bekerja atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun
Ini kerana gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.

Wujudkan dasar pengurusan stres kepada penjawat awam - Cuepacs
Kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi tekanan melampau di tempat kerja.

Skim pencen tidak boleh dimansuhkan - Cuepacs
Skim itu perlu dilihat sebagai bentuk sumbangan kepada pesara yang telah lama berkhidmat di dalam kerajaan khususnya bagi membantu ekonomi mereka.

Cuepacs rayu rumah mampu milik untuk penjawat awam dikekalkan
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu agar pembinaan rumah mampu milik untuk kakitangan awam menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) Negara dikekalkan.