KUALA LUMPUR:Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) zahir penghargaan tertinggi kepada kerajaan atas keutamaan kepada sektor perkhidmatan awam bagi Belanjawan 2021, walaupun tiada kenaikan gaji atau bonus tambahan buat penjawat awam.
Presiden CUEPACS Adnan Mat dalam kenyataan semalam berkata keutamaan kerajaan, meliputi aspek pemerkasaan sistem perkhidmatan dan hal-hal kebajikan penjawat awam ini menunjukkan kerajaan mempertimbangkan cadangan CUEPACS sebelum ini.
"Dalam keadaan yang sukar ketika ini sewajarnya semua pihak tidak mempertikaikan segala bantuan atau manfaat yang diterima oleh penjawat awam melalui Belanjawan 2021, sebaliknya bersama-sama berganding bahu bagi membawa Malaysia kembali ke landasan yang terbaik.
"Belanjawan ini juga banyak memberi manfaat kepada penjawat awam terutama mereka yang terdiri isi rumah yang perlu dibantu, harus diingatkan bahawa tidak semua penjawat awam yang berpendapatan tinggi malah ada dalam kalangan mereka mempunyai pasangan yang turut sama-sama terjejas ekoran pandemik COVID-19," katanya.
Adnan berkata pihaknya amat berpuas hati dengan pembentangan Belanjawan 2021 yang memperuntukkan RM1 bilion bagi membendung gelombang ketiga COVID-19 sebagai tanda kerajaan menyokong kerja keras penjawat awam, terutama petugas barisan hadapan.
Beliau turut memuji inisiatif Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan peruntukan RM6.6 bilion yang dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta penerima, dilihat memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat dan penjawat awam berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Bantuan Sara Hidup.
"Lebih istimewa apabila petugas barisan hadapan KKM diberikan pemberian 'one-off' RM500, bagaimanapun CUEPACS melihat konteks petugas barisan hadapan itu harus diperluaskan lagi kepada beberapa jabatan lain seperti anggota polis atau tentera dan tidak hanya tertumpu kepada petugas KKM sahaja," katanya.
Sementara itu, beliau berkata langkah kerajaan memperkenalkan inisiatif My STEP atau Short-term Employment Programme dengan peruntukan lebih RM700 juta dan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan bermula Januari 2021 merupakan bukti sektor perkhidmatan kerajaan wajar diperkasakan.
"CUEPACS berharap kerajaan boleh membuat lantikan tetap kepada semua kekosongan yang diberikan terutama di sektor-sektor yang kritikal seperti sektor kesihatan, keselamatan, pendidikan dan sosial.
"Jangan dibazirkan tenaga kerja mereka yang sudah diberikan pengalaman sebaliknya manfaatkan sepenuhnya modal insan tersebut dan CUEPACS mencadangkan agar pekerja-pekerja kontrak yang diberhentikan sebelum ini seperti daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Seranta Felda dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diberikan keutamaan dalam inisiatif MySTEP," katanya.
Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah manakala pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen diberikan bantuan khas kewangan RM300.
Selain itu, kerajaan turut menyediakan Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga RM100,000 kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi 2021 dan 2022 serta memperuntukkan RM310 juta bagi Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 06 2020

CUEPACS berharap kerajaan boleh membuat lantikan tetap kepada semua kekosongan yang diberikan terutama di sektor-sektor yang kritikal seperti sektor kesihatan, keselamatan, pendidikan dan sosial. - Gambar hiasan

BNM pastikan kestabilan monetari kekal teguh dalam mendepani cabaran global
Inflasi dijangka terkawal pada 2025, dengan permintaan dalam negeri menjadi penampan terhadap kejutan luaran.
Maybank, TikTok Shop meterai MOU pacu pendigitalan PKS ASEAN
Program ini bermatlamat untuk membantu PKS mengguna pakai perdagangan digital dan mengembangkan perniagaan mereka.

Polis serah tiga kertas siasatan kes doktor forensik tak senonoh
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis kini sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak TPR untuk tindakan selanjutnya.
Indonesia sasar tingkatkan pembiayaan penyelidikan universiti
Usaha Indonesia itu menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kolektif untuk mengubah universiti menjadi hab inovasi dan pembangunan bakat.
57 wilayah Thailand diselebungi jerebu
Bandar Bangkok termasuk 57 daripada 76 wilayah di negara itu diselubungi jerebu dengan tahap merah PM2.5 pada Isnin.

“Selamat Hari Raya” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam rakam keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 3.05 petang selepas memberi keterangan selama kira-kira lima jam pada Isnin.
[TERKINI] Suspek samun kedai emas disahkan anggota polis bantuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penjenayah yang disyaki melakukan samun di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, adalah seorang anggota polis bantuan.

Kanak-kanak maut, dua kereta bertembung
Kemalangan berlaku ketika keluarga mangsa cuba memotong kenderaan lain tetapi bertembung dengan sebuah Honda dari arah bertentangan.

Ancaman siber: Kementerian Pertahanan teliti keperluan wujud angkatan siber khusus
Dalam usaha mempercepat pemodenan ketenteraan bagi menghadapi ancaman tidak dijangka, Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan mewujudkan angkatan siber khusus.
Lebih 140,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan sehari menjelang cuti Sambutan Aidilfitri minggu depan.

Cuepacs gesa kerajaan perluas pemberian one-off RM500
Adnan berkata, jumlah 100,000 petugas KKM yang dimaklumkan dalam Belanjawan 2021, tidak meliputi kesemua petugas barisan hadapan di kementerian terbabit.

Belanjawan 2021: Kerajaan utamakan perkhidmatan awam - CUEPACS
Adnan berkata, keutamaan kerajaan, meliputi aspek pemerkasaan sistem perkhidmatan dan hal-hal kebajikan penjawat awam, menunjukkan kerajaan mempertimbangkan cadangan CUEPACS sebelum ini.

Cuepacs gesa kerajaan segera laksana SSM baharu
Cuepacs menggesa kerajaan mempercepat pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu berikutan sistem saraan masa kini telah digunakan sejak 18 tahun lepas.

Naikkan elaun COLA bagi penjawat awam Gred 41 ke atas - Cuepacs
Tambahan jumlah yang sama juga harus diberikan kepada penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang mendapat Elaun Wilayah.

Cadangan potong gaji penjawat awam tidak sesuai ketika ini - Cuepacs
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak secara total berhubung cadangan untuk memotong gaji penjawat awam di negara ini.

PKP: Bersediakah penjawat awam bekerja secara dalam talian?
Adakah penjawat awam bersedia untuk bekerja atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun
Ini kerana gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.

Wujudkan dasar pengurusan stres kepada penjawat awam - Cuepacs
Kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi tekanan melampau di tempat kerja.

Skim pencen tidak boleh dimansuhkan - Cuepacs
Skim itu perlu dilihat sebagai bentuk sumbangan kepada pesara yang telah lama berkhidmat di dalam kerajaan khususnya bagi membantu ekonomi mereka.

Cuepacs rayu rumah mampu milik untuk penjawat awam dikekalkan
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu agar pembinaan rumah mampu milik untuk kakitangan awam menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) Negara dikekalkan.